Harian Metro

Imagine Dragons mantap mempesona

-

Imagine Dragons.

Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Tidak perlu menjadi peminat fanatik pun, hanya hadir pada konsert mereka sudah tentu akan terus jatuh cinta dengan band ini.

Pertama, setiap kali menonton konsert penonton pastinya ingin mendengar vokal hebat seiring dengan permainan muzik yang gah. Itulah yang dibuktikan dan dipamerkan Dan.

Dari saat dia membuka mulut, sukar untuk melihat cacat cela nyanyianny­a. Nyanyianny­a benarbenar seperti mendengar rakaman yang sudah cukup tinggi kualitinya.

Bagaimanap­un, bukan setakat teknikal nyanyian, emosi pada setiap bait nyanyianny­a begitu terasa. Dia mengungkap­kannya dengan penjiwaan yang sangat tepat.

Barangkali itulah juga yang membuatkan band ini jauh berbeza dan unik berbanding band lain. Mereka tahu menyentuh setiap titik emosi penonton dengan sisi muzikal serta lirik yang tepat.

Jelas terlihat, penonton juga tidak sesaat pun ingin mengalihka­n pandangan dari pentas. Ibaratnya jika terlepas pasti satu kerugian besar disebabkan pesona Imagine Dragons begitu menawan.

Seperti mana sempurnany­a sisi muzikal band itu, begitu juga pementasan keseluruha­n konsert itu dengan sistem pencahayaa­n yang mantap. Ia berkelip seiring dengan getaran rentak muzik mereka.

Menampilka­n elemen dram tambahan sebagai identiti muzik mereka, sesekali Dan akan mengetuk dram itu sehingga menghasilk­an bunyi yang nyata membuatkan bulu roma berdiri.

Namun, saat paling memukau pastinya sewaktu mereka menukar suasana konsert dengan sesi akustik.

Hanya berbekalka­n gitar, cello, dan keyboard, suasana menjadi hening untuk seketika dengan hanya ditemani vokal Dan.

Saat itu, barulah kemampuan sebenar mereka menjadi lebih terserlah. Benarlah, mereka memang sekumpulan pemuzik yang dianugerah­kan bakat istimewa dan luar biasa.

Gemersik suara Dan meresapi segenap ruang stadium bergabung pula dengan gesekan cello serta instrumen lain. Harmoni suara yang dibuat juga cukup sempurna melengkapk­an lagi persembaha­n itu.

Mereka berjaya membawa penonton ke satu tahap yang jauh berbeza daripada suasana muzik kuat sebagaiman­a ditampilka­n terlebih dahulu.

Walaupun tujuan mereka berada di pentas adalah untuk memberi hiburan maksimum, Imagine Dragons sempat berkongsi mesej sejagat buat semua. Ternyata mereka bukan penghibur yang sekadar

 ??  ??
 ??  ?? MEREKA cukup tersendiri dan unik.
MEREKA cukup tersendiri dan unik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia