Harian Metro

‘Setakat ini saja persahabat­an kami’

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Siapa pun akan ‘hangat hati’ jika ada yang mengheret keluarga dalam sebarang perselisih­an.

Itulah yang dirasakan penyanyi serta pelakon Ifa Raziah, 42, apabila Roslan Shah turut mengaitkan anak dan suami serta mengugut akan mengungkit kisah silamnya.

Persahabat­an yang sekian lama terjalin antara mereka berdua barangkali tidak akan bertaut kembali kerana Ifa tidak dapat lagi menerima perbuatan penyanyi dan pengacara kelahiran Singapura itu.

“Cukuplah, setakat ini saja persahabat­an saya dengannya. Jika ada masalah antara kami pun, jangan babitkan keluarga dan perkara itu memang saya tak boleh terima. Dia juga ‘sampai hati’ mendoakan anak lelaki saya menjadi pondan apabila besar nanti.

“Kedua-dua anak saya, Coco dan Aqili juga menghormat­inya seperti pak cik sendiri sejak kecil dan sekarang mereka juga tidak boleh terima perbuatan dan kata-kata Roslan. Mereka sudah besar dan boleh berfikir sendiri,” katanya.

Perbalahan antara keduadua artis itu tercetus dan menjadi panas susulan kes sumpah laknat Norshila Amin akibat perbuatan Roslan.

“Saya terkilan dengan perbuatan Roslan yang suka melaga-lagakan rakan artis, memaki hamun dan mengata orang terutama selebriti dengan panggilan menjengkel­kan.

“Malah, Roslan pernah beberapa kali menggelar saya artis propa dan artis plastik tetapi tidak pernah berdendam dengannya. Ini kerana secara realitinya dengan Roslan kita kena tahan bergurau kasar dan mencarut. Itulah perangai sebenar dia dan kita sebagai kawan perlu menerima wataknya itu.

“Kembali kepada kes Norshila, saya tak puas hati dengan Roslan kerana dia langsung tidak mengaku salah dan berbangga dengan perbuatann­ya di ‘live’ Facebook jadi saya komen beberapa ayat di Facebook Norshila,” katanya.

Kata Ifa, seperti juga Roslan yang ‘tidak sebut nama sesiapa’, dia juga tidak menyebut nama pengacara terbabit.

“Kenapa dia mesti melatah? Dia mula membuat ‘video live’ dengan menghentam saya.

Pada mulanya, saya hanya berdiam diri tetapi apabila tidak membalas kata-kata caciannya, dia mula mengugut mendedahka­n kisah silam.

“Saya tidak mahu memanjangk­an lagi perkara ini dan selagi dia tidak mohon maaf kepada Norshila, saya tidak akan memaafkann­ya,” katanya.

Kata Ifa, apa jua niat Roslan kepadanya, rumah tangga dengan suami, Mohd Yani

Abdul Rahman juga bahagia dan sudah mencecah 14 tahun.

“Alhamdulil­lah, Yani yang juga pengurus saya adalah suami yang sangat baik. Di mana ada saya, di situlah dia. Dalam apa jua perkara, saya tidak pernah membelakan­gkannya. Malah, dialah yang menjadi kekuatan saya selama ini,” katanya.

Kebelakang­an ini juga, ramai memuji penampilan Ifa yang semakin langsing dan menawan. Menurut Ifa, beratnya 72 kilogram (kg) sebelum ini dan kini sudah turun 13kg.

Ifa juga berhasrat mengurangk­an lagi 10kg. Melihatkan wajahnya yang semakin jelita, ada juga yang menganggap penyanyi lagu Ser Ser itu melakukan pembedahan plastik.

“Dua tiga bulan lalu saya lebih banyak berehat di rumah kerana kurang tawaran persembaha­n nyanyian dan lakonan. Apabila tidak bekerja, saya tak rasa lapar.

“Sebulan saya tak makan nasi dan lebih banyak minum air. Mulanya, kalau lapar saya makan telur rebus iaitu enam biji sehari tetapi kemudian sudah tak lalu makan telur. Jadi apabila lapar, saya minum air kosong.

“Saya tidak bersenam pun. Apabila berat badan turun, wajah saya juga tidak ‘bulat’ seperti dulu. Sebab itu orang nampak wajah saya berbeza sekarang.

“Kini sudah ada tawaran berlakon drama, saya makan semula kerana kalau bekerja tak makan, badan jadi lemah dan tidak boleh fokus. Bimbang juga badan berisi balik. Nampaknya habis saja penggambar­an drama ini, saya akan berehat dan menguruska­n badan semula,” katanya.

 ?? FOTO: ?? Pada mulanya, saya hanya berdiam diri tetapi apabila tidak membalas
kata-kata caciannya, dia mula mengugut mendedahka­n
kisah silam
FOTO: Pada mulanya, saya hanya berdiam diri tetapi apabila tidak membalas kata-kata caciannya, dia mula mengugut mendedahka­n kisah silam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia