Harian Metro

Tidak mahu syok sendiri

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Impian Mira Filzah, 25, untuk menjadi pengacara program

Nona tercapai apabila dipilih mengendali­kan program itu bagi musim baru 2018.

Mira atau nama sebenarnya

Nur Amirah Filzah Badioezama­n dipilih menggantik­an pengacara sebelumnya, Uyaina Arshad.

Mira berkata, dia berdebar menunggu maklum balas daripada peminat selepas episod pertama program itu ditayangka­n semalam.

Pada masa sama, Mira yang juga bekas pengacara program Mahligai Cinta di TV3 sudah bersedia dengan segala kritikan netizen.

“Apa saja dilakukan pasti ada kritikan baik dalam drama, filem atau pengacaraa­n. Pendek kata, memang tak boleh nak elak. Jadi, saya sudah bersedia dengan apa saja komen atau kritikan. Saya juga terbuka menerima semua pandangan.

“Dalam perkara ini, saya tidak mahu bersikap syok sendiri. Mungkin kita berasakan apa yang dibuat sudah bagus, tetapi tidak pada pandangan orang lain. Diakui ada kritikan daripada netizen yang berguna dan perlu dipraktikk­an dalam diri.

“Mana komen postif boleh diambil untuk perbaiki diri.

Namun, komen yang sengaja nak kecam atau berbaur negatif saya tolak tepi,” katanya.

Menurut Mira, dia tidak menjangka jika tawaran itu datang secepat ini apatah lagi masih hijau dalam bidang pengacaraa­n.

“Sebelum ini semua pengacara Nona sangat dikenali. Apabila dapat tawaran ini, saya terkejut dan pada masa sama bersyukur. Saya tak menyangka diberi peluang mengacarak­an sebuah program besar datang secepat ini.

“Namun, saya anggap ini rezeki. Lagipun, ini peluang yang saya sudah tunggu sekian lama. Sebenarnya, saya lebih sukakan dunia pengacaraa­n, namun rezeki dalam bidang lakonan terlebih dulu diterima.

“Saya akan gunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk memperbaik­i diri sekali gus membina jenama. Paling penting saya nak menimba lebih banyak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia