Harian Metro

‘Tak janji bulan bintang’

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

 Kerajaan buat terbaik kepada rakyat berbanding janji ditabur pembangkan­g

Kerajaan sentiasa berpijak pada bumi nyata seterusnya melakukan yang terbaik untuk rakyat bukan menjanjika­n bulan dan bintang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, apa yang dilakukan kerajaan ketika ini jauh lebih baik berbanding pembangkan­g yang lebih suka menabur janji manis.

“Jangan hanya melihat bintang di langit, tetapi lihat juga rumput di bumi.

“Kita harus yakin apa yang dilakukan kerajaan sekarang ini lebih baik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelepasan peserta Larian Amal Antartika All Women Expedition to Antartica 2018 (AWETA 2018) di sini, semalam.

Larian itu disertai 2,300 peserta dan ia terbahagi kepada dua kategori iaitu 13 dan lima kilometer.

Hadir sama, Pengarah Projek AWETA 2018 Datuk Noorizah Abd Hamid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddi­n Yaacub serta Ekspeditor Negara dan Mentor AWETA 2018 Dr Sharifah Mazlina Syed Abd Kadir.

Sementara itu, mengulas mengenai pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka keluar penjara 11 Jun depan, Ahmad Zahid berkata, Jabatan Penjara sentiasa mematuhi tempoh seseorang tahanan itu dan kerajaan tentu akur dengan keputusan yang dijatuhkan mahkamah.

“Tempoh sesuatu hukuman itu harus dihormati dan pada hemat saya tarikh yang disebutkan tarikh yang dijangka, tetapi jika hari besar (PRU14) itu dibuat lebih awal, mungkin terlewat (beliau) menjadi tokoh penting di negara ini,” katanya.

Kelmarin Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan suaminya bakal dibebaskan 11 Jun depan.

 ??  ?? DR Ahmad Zahid melepaskan peserta Larian Amal Antartika All Women Expedition to Antartica 2018, semalam.
DR Ahmad Zahid melepaskan peserta Larian Amal Antartika All Women Expedition to Antartica 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia