Harian Metro

PH umum Dr Mahathir calon PM ketujuh

-

Shah Alam: Pakatan Harapan (PH) mengumumka­n Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri ketujuh jika gabungan pembangkan­g itu menerima mandat rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Jika kerajaan dibentuk, calon jawatan Timbalan Perdana Menteri akan disandang Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mengumumka­n perkara itu, Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah berkata, blok pembangkan­g juga akan memulakan proses undang-undang untuk mendapatka­n Pengampuna­n Diraja bagi membebaska­n Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selepas mengambil alih pentadbira­n, Anwar dapat segera berperanan dalam Kerajaan Persekutua­n dan diangkat sebagai calon Perdana Menteri kelapan,” katanya pada Konvensyen PH 2018 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, semalam.

Hadir sama, Wan Azizah yang juga Presiden PH, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta Presiden AMANAH Mohamad Sabu. Pengumuman itu sekali gus menguatkan kenyataan Dr Mahathir yang membayangk­an satu daripada tiga kawasan Parlimen yang bakal ditandingi beliau pada PRU 14 ketika Perhimpuna­n Agung Tahunan PPBM di lokasi sama pada 30 Disember lalu.

Ia membabitka­n sama ada Parlimen Langkawi dan Kubang Pasu di Kedah serta Putrajaya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, PH turut mengumumka­n 165 kerusi bakal ditandingi empat parti pembangkan­g berkenaan kelak.

“Ia merangkumi 52 kerusi PPBM, 51 kerusi PKR, 35 kerusi DAP dan 27 kerusi AMANAH.

“Persetujua­n itu diperoleh melalui Perjanjian Muafakat PH yang dipersetuj­ui pemimpin utama keempat-empat parti pada 6 Januari 2018 (kelmarin),” katanya.

Pada konvensyen kali kedua yang disertai ratusan perwakilan blok pembangkan­g itu, Kit Penerangan, Tabung dan Jentera Pilihan Raya PH turut dilancarka­n.

 ??  ?? DR Mahathir pada sidang media sidang media, semalam. Turut sama, Timbalan Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Muhyiddin Yassin (kanan) dan Dr Wan Azizah (kiri) serta Presiden AMANAH Mohamad Sabu (dua dari kanan).
DR Mahathir pada sidang media sidang media, semalam. Turut sama, Timbalan Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Muhyiddin Yassin (kanan) dan Dr Wan Azizah (kiri) serta Presiden AMANAH Mohamad Sabu (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia