Harian Metro

BUT KERETA BERHAWA DINGIN

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Subang Jaya

Impian tiga lelaki menjadi kaya hasil jualan tenggiling berkecai apabila aktiviti penyeludup­an didalangi mereka dibongkar Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Dalam operasi khas kelmarin, sepasukan pegawai PERHILITAN bertindak menahan semua suspek dan merampas 57 tenggiling yang dipercayai diburu secara haram di hutan negara ini.

Semua tenggiling itu dianggarka­n bernilai RM100,000 mengikut harga pasaran tempatan, namun boleh mencecah hingga tiga kali ganda sekiranya diseludup ke pasaran gelap antarabang­sa.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan itu dibongkar selepas tiga suspek ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan PERHILITAN dalam operasi khas membantera­s penyeludup­an tenggiling.

Menurutnya, suspek ditahan di sebuah premis kediaman di Bandar Pinggiran Subang di sini.

“Ketika serbuan dijalankan, suspek baru selesai memunggah guni berisi tenggiling daripada sebuah kenderaan ke dalam kediaman berkenaan.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati suspek tidak mempunyai permit khas menyimpan semua hidupan liar itu,” katanya.

Kadir berkata, semua 57 tenggiling itu dipercayai diperolehi secara haram dari kawasan sekitar Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Tenggiling itu kemudian dihantar ke kediaman yang dijadikan transit sebelum diseludup keluar ke negara jiran.

“Pemeriksaa­n lanjut turut mendapati kereta digunakan untuk memunggah hidupan liar itu sudah diubah suai. Terdapat penyambung­an sistem penghawa dingin yang disambung ke bahagian but kenderaan bagi memastikan tenggiling dibawa hidup ketika dipindah,” katanya.

Menurutnya, semua suspek dibawa ke Balai Polis Kg. Baru Subang di sini, untuk tindakan lanjut.

“Kes akan disiasat mengikut Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan jika sabit kesalahan mereka boleh

 Tiga lelaki dalang penyeludup­an ditahan di sebuah rumah bersama 57 tenggiling

dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 hingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Diharapkan orang ramai akan terus memberikan sokongan dan membantu dengan menjadi mata dan telinga Jabatan PERHILITAN melalui penyaluran maklumat, sekali gus melindungi khazanah negara supaya tidak diancam kepupusan,” katanya.

Maklumat boleh disalurkan melalui PERHILITAN Hotline 1- 800-88-5151 (IsninAhad, 8.00 pagi – 6.00 petang) atau e-aduan melalui laman web Jabatan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia