Harian Metro

Urutan tradisiona­l tanpa seurat benang

-

Gombak: Promosi tawaran urutan tradisiona­l oleh gadis telanjang bulat. Itu antara tarikan sebuah pusat urutan refleksolo­gi yang beroperasi sekitar Prima Sri Gombak di sini.

Tawaran serendah RM200 termasuk khidmat seks itu menyebabka­n pusat maksiat berkenaan menjadi tumpuan lelaki hidung belang untuk melampiask­an nafsu.

Selain harga murah, premis terbabit turut menggunaka­n khidmat wanita warga asing berusia awal 20-an sebagai daya tarikan.

Namun kegiatan itu terbongkar hasil serbuan Ops Noda dijalankan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor awal pagi semalam.

Sumber berkata, serbuan diketuai Pegawai Turus Deputi Superinten­dan Norhizam Bahaman itu berjaya menahan 19 wanita warga asing dan tiga lelaki tempatan.

“Semua wanita yang ditahan membabitka­n 12 wanita warga Vietnam, Thailand (empat) dan tiga wanita warga Kemboja yang dipercayai bekerja sebagai tukang urut.

“Tiga lelaki membabitka­n warga tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis turut ditahan dalam operasi itu,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaa­n ke atas tiga premis mendapati ia beroperasi tanpa lesen perniagaan sah.

Turut dirampas, peralatan untuk mengurut dan wang tunai sebanyak RM1,088.

“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 serta Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

 ??  ?? WANITA warga asing yang ditahan bagi membantu siasatan dalam serbuan di sekitar Prima Sri Gombak. ANGGOTA polis memeriksa pelanggan di premis urut.
WANITA warga asing yang ditahan bagi membantu siasatan dalam serbuan di sekitar Prima Sri Gombak. ANGGOTA polis memeriksa pelanggan di premis urut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia