Harian Metro

Minat 4 beradik kumpul jam

- Mohamad Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

 Koleksi Casio model G-Shock kategori vintaj bernilai RM40,000 dikumpul sejak 21 tahun lalu

Minat mendalam untuk mengumpul jam tangan keluaran Casio, terutama model G-Shock kategori vintaj mendorong empat beradik di Kampung Parit Warijo, Sri Medan di sini, membelanja­kan lebih RM40,000 untuk mendapatka­n 250 model jam itu.

Mohd Alif Sarjani, 34, berkata, minat untuk mengumpul jam tangan itu berputik sejak kecil ketika berada di Singapura kerana menemani ibunya Rahimah Ahmad, 56, yang menziarah sanak-saudara di Kota Singa.

“Pada mulanya minat mengumpul jam tangan G-Shock vintaj ini hanya saya seorang saja, tetapi saya berkongsi minat dengan adik kedua saya (Nurhidayah, 33).

“Sekitar 1980-an ketika mula dikeluarka­n, jam tangan ini sukar didapati di Malaysia dan jika ada pun harganya berbeza (lebih mahal) dengan apa yang saya peroleh di Singapura.

“Oleh sebab itulah sekiranya berkunjung ke republik itu saya akan membelinya. Biasanya dalam setahun ibu akan ke Singapura sekali atau dua kali.

“Bagaimanap­un, saya mula mengumpul secara serius dan mendapatka­n setiap keluaran jam itu termasukla­h keluaran khas bermula 2007 selepas mempunyai pendapatan sendiri,” katanya.

Menurutnya, kini dua lagi adiknya iaitu Mohamad Fadhil Noor, 29, dan Mohamad Akmal, 24, mula mengikut jejaknya dan Nurhidayah mengumpul jam tangan itu.

Katanya, mereka berempat mempunyai 250 jam tangan itu dalam pelbagai bentuk dan warna dengan harga jam terbabit antara RM200 dan RM2,000.

“Jika dinilaikan anggaran keseluruha­n jam tangan yang kami kumpul bersama RM40,000 dan dalam masa sama kami terus mengumpul setiap keluaran jam dihasilkan syarikat dari Jepun ini.

“Manakala jam tangan yang paling jauh pernah kami beli ialah keluaran khas hanya dikeluarka­n di Jepun dan Amerika Syarikat yang tidak dikeluarka­n atau dijual di negara lain.

“Dulu memang susah tetapi teknologi sedia ada membolehka­n kami mendapatka­n model vintaj yang tidak pernah diimport ke sini sekali pun.

“Alhamdulil­lah, sekarang lebih mudah, tetapi perlu sediakan wang mencukupi,” katanya.

Mohd Alif berkata, mereka empat beradik menyertai 47,000 peminat jam tangan itu, melalui kelab dikenali sebagai G-Shock

Malaysia.

“Dalam masa sama kami adik-beradik selalu menyertai pameran dan perjumpaan ahli kelab G-Shock Malaysia yang biasanya diadakan di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bagi mempamerka­n koleksi kami.

“Selain mengumpul, kami memakai jam tangan ini setiap hari...lebih-lebih lagi jam tangan ini lasak dan sesuai dengan kerja kami yang sentiasa berada di kebun serta pusat pemprosesa­n baja,” katanya yang mengusahak­an perniagaan keluarga bersama tiga adiknya.

Vintage

 ??  ?? MOHD Alif (dua kiri) bersama tiga adik beradik menunjukka­n koleksi jam tangan keluaran Casio model G-Shock kategori Vintaj.
MOHD Alif (dua kiri) bersama tiga adik beradik menunjukka­n koleksi jam tangan keluaran Casio model G-Shock kategori Vintaj.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia