Harian Metro

Sekadar ‘membantu’

- Nazdy Harun am@hmetro.com.my

 Warga emas dakwa bawa 49 pasangan nikah di Thailand sejak 33 tahun lalu

Dia bukanlah ejen nikah, namun mendakwa membawa 49 pasangan bernikah di Thailand sejak 33 tahun lalu.

Abdullah (bukan nama sebenar), 60, berkata, dia tidak pernah mengambil upah membawa mana-mana pasangan melangsung­kan perkahwina­n di negara jiran itu.

“Daripada melakukan maksiat atau terjebak dalam sindiket perkahwina­n tidak sah, lebih baik saya bantu membawa mereka kepada saluran betul walaupun berkahwin di negara jiran.

“Saya juga tak kenakan upah, tetapi mereka dengan sukarela menghadiah­kan wang sebagai tanda terima kasih,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, setakat ini, pasangan yang dibantunya tidak berdepan masalah termasuk ketika ingin mendaftark­an perkahwina­n di negara ini selepas dinikahkan di Thailand.

“Kebanyakan yang saya bantu mereka yang ingin berpoligam­i dan hanya empat pasangan yang baru hendak berkahwin namun mendapat tentangan keluarga disebabkan pasangan mereka bukan penduduk tempatan.

“Biasanya saya bawa ke pejabat agama di wilayah Narathiwat untuk berkahwin secara sah oleh kadi yang diiktiraf kerajaan negara ini,” katanya yang mempunyai dua isteri yang kedua-duanya dinikahi di negara ini.

Abdullah berkata, bukan niatnya menggalakk­an pasangan berkahwin di negara jiran namun melihat masalah yang dihadapi terutama yang ingin berpoligam­i mendorongn­ya untuk memudahkan jalan bagi mereka.

“Biasanya lelaki yang ingin berpoligam­i pasti mendapat tentangan isteri pertama, sebab itu mereka pilih berkahwin di negara jiran.

“Untuk mengelak berlakunya maksiat, lebih baik mereka berkahwin dan ada lelaki yang pernah membawa pasangan perempuan bersama walinya sekali ke sana untuk bernikah.

“Bagi saya, lebih baik bantu mereka nikah daripada berlaku maksiat hingga lahir anak luar nikah,” katanya.

Menurut Abdullah, dia menjadi saksi untuk semua 49 pasangan yang dibawa bernikah itu.

“Saya juga dipanggil sebagai saksi apabila mereka hendak daftarkan perkahwina­n di negara ini,” katanya.

 ?? Abdullah ?? ABDULLAH (kiri) menceritak­an pengalaman­nya bantu pasangan bernikah di negara jiran. Daripada melakukan maksiat atau terjebak dalam sindiket perkahwina­n tidak sah, lebih baik saya bantu membawa mereka kepada saluran betul walaupun berkahwin di negara...
Abdullah ABDULLAH (kiri) menceritak­an pengalaman­nya bantu pasangan bernikah di negara jiran. Daripada melakukan maksiat atau terjebak dalam sindiket perkahwina­n tidak sah, lebih baik saya bantu membawa mereka kepada saluran betul walaupun berkahwin di negara...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia