Harian Metro

Dua ditahan selepas samun lelaki

-

Tidak sampai 24 jam melakukan samun terhadap seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Botanik, Klang, pagi kelmarin, polis berjaya menahan dua penjenayah terbabit tidak jauh dari lokasi kejadian pada malam hari sama.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian jam 2 pagi, mangsa berusia 26 tahun berjalan menuju ke keretanya yang diletakkan di sebuah restoran di sini.

Beliau berkata, mangsa yang juga pengurus restoran berkenaan didatangi kereta Proton Waja yang dinaiki dua lelaki.

“Salah seorang suspek cuba menarik beg silang mangsa namun gagal.

“Bagaimanap­un, mangsa patah jari manis tangan kiri akibat dipukul dengan rotan,” katanya di sini, semalam.

Bertindak atas maklumat, katanya, polis menjejaki dua suspek berkenaan jam 11.30 malam di Jalan Gedung Raja Abdullah, dekat sini.

Katanya, suspek yang ditahan itu berusia 18 dan 28 tahun serta pihaknya merampas kereta Proton Waja yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah itu serta dua rotan.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek yang berusia 28 tahun mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan menggaji pekerja tanpa permit manakala seorang lagi suspek tiada rekod.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangk­an kecederaan. Kedua-dua suspek direman hingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.

 ??  ?? SHAMSUL Amar
SHAMSUL Amar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia