Harian Metro

Bisnes tak untung

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

 14 peniaga di Medan Selera Taman Segar kurang pelanggan

Seramai 14 peniaga di Medan Selera Taman Segar, Cheras, di sini, menyatakan rasa kesal dan kecewa terhadap pihak pengurusan iaitu Yayasan Wilayah Persekutua­n (YWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana gagal mempromosi kemudahan di bangunan parkir bertingkat di situ kepada orang awam.

Peniaga, Bahrin Rahim, 53, berkata, disebabkan kurangnya publisiti, kebanyakan peniaga terpaksa menutup gerai lebih awal kerana kurang pengunjung.

“Saya bersama beberapa peniaga lain sudah menjaja di atas tapak ini lebih dari 20 tahun sebelum bangunan enam tingkat itu siap dibina pada April tahun lalu.

“Namun, segalanya berubah apabila peniaga diarah berpindah ke medan selera yang terletak di dalam bangunan berkenaan di mana kami terpaksa menanggung kerugian yang besar disebabkan kurang pengunjung,” katanya pada sidang media hasil inisiatif MCA Bahagian Cheras, di sini, semalam.

Menurutnya, peniaga sudah membuat aduan kepada DBKL mengenai kurangnya aktiviti publisiti di kawasan berkenaan dan juga lesen berniaga, namun sehingga kini tidak ada sebarang maklum balas daripada mereka.

“Sebelum ini, peniaga hanya perlu membayar lesen perniagaan sekali setahun. Sebaik peniaga diarah berpindah ke medan selera ini, DBKL minta kami bayar sebanyak RM350 hingga RM400 sebulan untuk penyelengg­araan.

“Kawasan medan selera ini sunyi disebabkan kurang pelanggan. Bagaimana kami mahu membayar bil penyelengg­araan yang dikenakan itu,” katanya.

Seorang lagi peniaga yang ingin dikenali sebagai Shahrizam berkata, sekiranya keadaan itu berterusan, peniaga perlu menanggung kerugian tinggi disebabkan kawasan itu kurang mendapat sambutan.

“Kedudukan medan selera ini juga terselindu­ng membuatkan pengunjung tidak tahu kewujudan medan selera di sini.

“Sudahlah kawasan ini dikenakan caj penyelengg­araan yang tinggi di mana saya perlu membayar bil elektrik sebanyak RM130, tidak termasuk bayaran tempat letak kenderaan yang mahal serta bayaran keperluan lain,” katanya.

Masalah yang dihadapi peniaga di kawasan berkenaan mendapat perhatian Setiausaha MCA Bahagian Cheras, Datuk Dr Toh Kian Kok yang menggesa supaya DBKL memasang bunting memaparkan kemudahan di kawasan parkir bertingkat supaya menarik lebih ramai pengunjung.

“Rugi sekiranya kemudahan RM34.89 juta ini tidak dimanfaatk­an sepenuhnya disebabkan kurangnya publisiti malah DBKL juga perlu memperinci­kan semula bayaran caj parkir menjadi RM1 sekali masuk supaya tidak membebanka­n pengguna untuk datang ke medan selera ini,” katanya.

 ??  ?? PERNIAGAAN di Medan Selera Taman Segar yang tidak mendapat sambutan orang ramai.
PERNIAGAAN di Medan Selera Taman Segar yang tidak mendapat sambutan orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia