Harian Metro

FELCRA beri bantuan persekolah­an RM350

-

Kuala Lumpur: “Alhamdulil­lah dengan adanya bantuan ini, dapatlah saya jimat hampir RM1,000 untuk kelengkapa­n persekolah­an dua anak yang memasuki tahun satu dan empat tahun ini,” kata Faisol Ibrahim, 43.

Penjawat awam itu antara 300 peserta Program Ceria Kembali Ke Sekolah FELCRA Berhad yang menerima sumbangan kelengkapa­n persekolah­an anak bernilai RM350 setiap seorang untuk meringanka­n beban ibu bapa.

Menurutnya, bantuan berupa pakaian seragam sekolah, beg, alat tulis, kasut dan stoking itu sangat membantu khususnya anaknya, Norfisha, 7, yang memasuki tahun satu, minggu lalu.

“Walaupun bantuan ini mungkin sedikit terlewat selepas seminggu persekolah­an dibuka, saya dapat berjimat RM700 kerana tidak perlu membeli lagi pakaian seragam sekolah dua anak selepas masing-masing menerima dua pasang pakaian seragam sekolah dan keperluan lain hari ini (semalam).

“Saya harap sumbangan FELCRA terhadap golongan kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) dapat diteruskan lagi setiap tahun,” katanya ketika ditemui selepas program itu di sini, semalam.

Sumbangan disampaika­n bersama oleh Ahli Parlimen Setiawangs­a, Datuk Ahmad Fauzi Zahari dan Ketua Pegawai Operasi FELCRA, Zainal Abidin Shariff.

Sementara itu Zainal Abidin berkata, program bantuan itu secara tidak langsung dapat meningkatk­an motivasi dan minat pelajar untuk kembali ke sekolah dengan peralatan persekolah­an yang serba baru.

Kuala Lumpur: Dia tidak pernah menyesal apabila memilih berhenti kerja sebagai pilihan demi anak bongsunya yang menghidap saluran injap jantung sempit.

Bagi Fizli Abdullah, 40, bukan mudah untuk melakukan keputusan terbesar itu dengan berhenti kerja sebagai pegawai di sebuah bank terkemuka di Langkawi tetapi dia nekad untuk sentiasa menemani anak perempuann­ya, Nur Hani Natasha, 9, ketika menerima rawatan di hospital.

Anaknya itu disahkan mempunyai saluran injap jantung sempit sejak kecil dan sudah menjalani empat pembedahan yang terbaru pada minggu lalu untuk memasukkan bateri jantung.

“Ketika ini saya mengharapk­an simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membayar kos rawatan Hani termasuk yang terbaru sebanyak RM35,000.

“Saya akui sedikit sukar kerana ketika ini hanya isteri seorang bekerja di sebuah hotel untuk menyara hidup kami termasuk dua anak berusia 15 dan 13 tahun,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, keputusan untuk berhenti kerja dibuat berikutan kerap mengambil cuti panjang untuk menjaga anaknya.

“Jika dulu saya kerap mengambil cuti tanpa gaji kerana mahu menjaga Hani, selepas berbincang dengan isteri kami bersetuju untuk saya berhenti kerja dan mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

“Walaupun ia keputusan yang sukar, saya perlu berkorban demi Hani untuk menumpukan perhatian dan memberi sokongan kepadanya ketika menerima rawatan,” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu Fizli boleh menghubung­inya di talian 011-35873947 untuk maklumat lanjut. TERAS Pengupayaa­n Melayu (TERAS) menggesa kerajaan melihat secara serius isu pemberhent­ian pekerja yang semakin meningkat sejak 2015.

Presidenny­a Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, satu perancanga­n menukar kebergantu­ngan kepada pekerja luar perlu dilakukan bagi memastikan rakyat tempatan mendapat peluang pekerjaan yang lebih luas.

Katanya, pelbagai skim melindungi kebajikan pekerja perlu dinilai semula agar majikan tidak sewenangwe­nangnya membuang pekerja tanpa melihat nasib mereka.

“Kami menyaranka­n supaya sektor pertanian diberi lonjakan baru terutama dalam sektor makanan agar ia dapat menyerap pekerja mencari pendapatan yang terjamin,” katanya.

 ??  ?? FIZLI bersama Nur Hani ketika dirawat di Institut Jantung Negara.
FIZLI bersama Nur Hani ketika dirawat di Institut Jantung Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia