Harian Metro

Eksport minyak sawit tanpa duti

-

Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi akan melaksanak­an Skim Eksport Minyak Sawit Mentah (MSM) tanpa duti eksport bagi tempoh tiga bulan bermula 8 Januari hingga 7 April 2018.

Menterinya, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, pelaksanaa­n skim berkenaan bertujuan mengurangk­an stok minyak sawit dan mengukuhka­n pasaran komoditi itu susulan harga MSM menunjukka­n tren penurunan ketara sejak 2017.

“Pelaksanaa­n skim berkenaan adalah satu langkah jangka pendek kerajaan bagi menangani kejatuhan harga minyak sawit mentah supaya pendapatan pekebun kecil sawit tidak terjejas dan industri sawit negara terus berdaya saing,” katanya pada taklimat prestasi perdaganga­n sektor komoditi bagi tempoh Januari hingga November 2017 di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, pengecuali­an duti eksport itu akan diberhenti­kan lebih awal dari tempoh tiga bulan sekiranya stok minyak sawit menurun kepada paras 1.6 juta tan, iaitu paras stok bersesuaia­n untuk menstabilk­an harga serta paras yang mencukupi bagi keperluan industri penapisan sawit.

Pada Disember 2017, harga purata MSM menurun kepada RM2,372.50 pada tempoh minggu ketiga.

Manakala stok minyak sawit pada November 2017 meningkat 16 peratus kepada 2.56 juta tan berikutan peningkata­n pengeluara­n.

Mengulas mengenai prestasi perdaganga­n sektor komoditi, Mah berkata, sektor berkenaan masih kekal sebagai pengekspor­t terbesar dengan merekodkan imbangan dagangan sebanyak RM92.9 bilion.

 ?? Mah ?? Pelaksanaa­n skim berkenaan adalah langkah pre-emptive jangka pendek kerajaan bagi menangani kejatuhan harga minyak sawit mentah”
Mah Pelaksanaa­n skim berkenaan adalah langkah pre-emptive jangka pendek kerajaan bagi menangani kejatuhan harga minyak sawit mentah”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia