Harian Metro

Jualan runcit PROTON meningkat 2.5 peratus

-

Kuala Lumpur: PROTON berjaya menstabilk­an jualannya pada 2017 dengan jumlah jualan keseluruha­n 70,991 unit, berbanding 72,291 unit pada tahun sebelumnya.

Dalam kenyataan dikeluarka­n, PROTON berkata, jualan runcit meningkat 2.5 peratus kepada 68,184 unit pada 2017 berbanding 66,513 unit pada 2016.

Pertumbuha­n yang baik dilihat dari kawasan pusat, selatan, pantai timur serta Sabah dan Sarawak apabila masing-masing mencatatka­n peningkata­n antara 1.0 hingga 10 unit yang dijual.

Jumlah keseluruha­n bagaimanap­un terjejas oleh jualan flit yang kurang memberangs­angkan dengan jualan 2,807 unit pada 2017 akibat permintaan teksi rendah.

Saga, Persona dan Ertiga mewakili 80 peratus daripada jumlah jualan kereta Proton bagi 2017. Kereta terlaris PROTON iaitu Saga mencatatka­n jualan yang kukuh melebihi 30,000 unit pada 2017.

Sebagai sedan yang paling mampu milik, Saga masih dilihat sebagai kereta yang memberikan nilai hebat bagi segmennya dan mengekalka­n populariti­nya dalam kalangan pembeli pertama atau pembeli kedua Proton.

Namun, Persona mencatatka­n kenaikan 27 peratus dengan 19,510 unit dijual berbanding 15,390 unit tahun lalu. Ertiga turut mendapat penerimaan yang baik di pasaran dengan jualan 6,091 unit pada 2017.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PROTON, Abdul Rashid Musa berkata, antara sebab menjadikan jualan kereta PROTON stabil pada 2017 ialah usaha peningkata­n kualiti yang agresif dilakukan di peringkat dalaman.

 ??  ?? ABDUL Rashid
ABDUL Rashid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia