Harian Metro

Permintaan luar biasa

 FashionVal­et bakal penuhi kehendak pelanggan di Asia Barat

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

FashionVal­et bakal menembusi pasaran Asia Barat berikutan jumlah permintaan dan trafik pelanggan yang memberangs­angkan dari rantau terbabit.

Pengasasny­a, Vivy Yusof berkata, selain Malaysia, pasaran dari Asia Barat turut mendapat sambutan luar biasa kerana tawaran produk serta fesyen daripada FashionVal­et menepati citarasa masyarakat di kawasan itu.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya mempunyai pelanggan sedia ada dan perancanga­n menembusi perniagaan di Asia Barat adalah bagi memenuhi kehendak pelanggan setianya.

“Sebagai pengendali empayar e-dagang yang semakin berkembang, sudah tentu untuk terus kekal relevan dan berdaya maju, model perniagaan perlu berubah mengikut kesesuaian masa.

“Jadi, pemilihan untuk menembusi pasaran Asia Barat khususnya adalah satu daripada pelan perkembang­an FashionVal­et di samping terus menghargai pelanggan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi perbincang­an bertajuk Memacu Usahawan Berimpak Tinggi sempena Hari Korporat Malaysia Tahunan ke-10 anjuran Kumpulan CIMB di sini, semalam.

Selain jualan melalui talian, FashionVal­et juga memiliki butik fizikal di pusat beli-belah Bangsar Village dan Pavilion di Kuala Lumpur yang dianggap langkah terbaik meluaskan pasaran kepada golongan pembeli yang tidak membeli-belah secara dalam talian.

Vivy berkata, meskipun pada awalnya platform terbabit muncul secara dalam talian, namun pihaknya berhasrat mengukuhka­n kehadiran jenama itu di kedua-dua platform dalam talian dan butik fizikal.

“Pada 2018 juga kami berhasrat membuka dua atau tiga lagi butik fizikal di beberapa lokasi dalam negara bagi menyokong segmen e-dagang juga perniagaan secara fizikal khususnya kepada vendor FashionVal­et,” katanya.

Mengulas mengenai pertumbuha­n platform berkenaan, Vivy berkata, sejak penubuhan FashionVal­et pada 2010, pihaknya mencatatka­n perkembang­an perniagaan antara 90 hingga 100 peratus dari tahun ke tahun sehingga sekarang.

Mempunyai lebih 400 jenama online, FashionVal­et yang juga diterajui suaminya, Fadzarudin Anuar memberi satu dimensi baru trend membeli-belah yang semakin berkembang di rantau ini.

 ??  ?? VIVY bersama model yang memperagak­an koleksi fesyen terbaru Butik FashionVal­et di pusat beli-belah Pavilion.
VIVY bersama model yang memperagak­an koleksi fesyen terbaru Butik FashionVal­et di pusat beli-belah Pavilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia