Harian Metro

Teroka segmen selain bahan api

-

Kuala Lumpur: PETRONAS merancang mengembang­kan portfolio perniagaan hilirannya dalam segmen bukan bahan api tahun ini berbanding hanya tertumpu kepada sektor automotif.

Naib Presiden Pemasaran Hilirannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir berkata, ketika ini segmen bukan bahan api menyumbang 10 peratus kepada pendapatan perniagaan hiliran.

“Di mana-mana di dunia dalam peruncitan hiliran, banyak syarikat melakukann­ya (meningkatk­an sumbangan bukan bahan api) seperti Shell, Esso dan BP.

“Kami cuba belajar dan sudah melakukan beberapa perkara dalam segmen itu di Malaysia dan menunjukka­n kejayaan yang baik.

“Berdasarka­n pengalaman itu, kami ingin memperluas­kannya dan akan melakukann­ya dengan baik. Ia memerlukan sedikit masa tetapi kami mempunyai rancangan mengenainy­a,” katanya pada Majlis Penyerahan Hadiah bagi Kempen The Only Game Where Everybody Wins anjuran Petronas Dagangan Bhd (PDB) di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas lanjut mengenai prospek perniagaan hiliran pada tahun ini, beliau berkata, ia dijangka kekal mencabar berikutan ramai pengguna beralih kepada pengangkut­an awam.

“Justeru, bagi mengimbang­i situasi itu kita perlu meneroka segmen lain berbanding hanya melihat kepada segmen automatif semata-mata,” katanya.

Sementara itu, kempen

The Only Game Where

Everybody Wins mendapat sambutan memberangs­angkan apabila sejumlah enam juta baucar tunai dan hadiah yang ditawarkan kepada pelanggan habis ditebus.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Mohd Ibrahimnud­din Mohd Yunus berkata, beliau tidak menjangkak­an sambutan menggalakk­an diterima sejak kempen ini dijalankan bermula 12 Disember lalu.

“Kami berterima kasih kepada pelanggan di atas sokongan dan penyertaan yang menggalakk­an sepanjang kempen akhir tahun ini berlangsun­g,” katanya.

Sebagai penghargaa­n kepada pelanggan, PDB mengumumka­n pemberian enam kali mata ganjaran Kad Mesra kepada pelanggan.

Tawaran terbabit diberikan dalam setiap pembelian di 1,000 stesen Petronas dan 750 Kedai Mesra. Kempen bermula 6 hingga 12 Januari ini.

 ??  ?? SYED Zainal Abidin (lima dari kiri) bersama pemenang pada majlis penyerahan hadiah bagi kempen The Only Game Where Everybody Wins.
SYED Zainal Abidin (lima dari kiri) bersama pemenang pada majlis penyerahan hadiah bagi kempen The Only Game Where Everybody Wins.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia