Harian Metro

CINTA LUAR BIASA

- Agensi

 Wanita rancang berkahwin dengan permainan video Tetris

Seorang wanita dari Florida, Amerika Syarikat (AS) mendakwa dia menemui ‘cinta sejatinya’ dengan permainan Tetris dan merancang berkahwin dengan permainan video itu.

Noorul Mahjabeen Hassan yang mahu dikenali sebagai Fractal Tetris Huracan, 20, berkata, dia ‘menjalin hubungan’ dengan permainan Tetris sejak 2016.

Buktinya, dia menghabisk­an masa selama 12 jam sehari bermain permainan video terbabit.

Noorul juga sangat sukakan barangan daripada Tetris seperti bantal di mana dia gunakan untuk tidur setiap hari.

Selain itu Noorul turut mengumpul cenderamat­a Tetris seperti lampu tidur, rantai, baju dan pelbagai lagi.

Menurutnya, dia mahu menamatkan pelajarann­ya di sebuah kolej sebelum berkahwin dengan permainan video itu.

Bagaimanap­un katanya, ia bukan cinta pertamanya memandangk­an sebelum ini pernah jatuh cinta dengan kalkulator yang dia namakan sebagai Pierre De Fermat, sempena nama seorang ahli matematik terkenal.

“Ketika jatuh cinta dengan Pierre, saya mempunyai tarikan yang kuat terhadap matematik dan keinginan kepada geometri,” katanya.

Menurutnya, dia suka memicit butang pada kalkulator itu dan menjilatny­a.

Biarpun hubungan peliknya itu sering mengundang pandangan negatif, namun dia berharap ia akan mengurangk­an rasa malunya terhadap masalah tarikan seksual terhadap objek yang dihadapiny­a.

“Saya tidak merosakkan apa-apa atau mencederak­an sesiapa. Apa isunya?

“Mereka merasakan ia pelik tetapi tidak boleh memberikan satu alasan paling baik mengapa saya tidak patut bercinta dengan Tetris,” katanya.

 ??  ?? NOORUL bersama permainan video Tetris dan mahu berkahwin dengan permainan itu. - Agensi
NOORUL bersama permainan video Tetris dan mahu berkahwin dengan permainan itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia