Harian Metro

Kami terpaksa bangkit menentang

-

Yangon: Kumpulan pejuang Rohingya berkata, mereka tiada pilihan kecuali bangkit menentang keganasan ditaja kerajaan Myanmar untuk mempertaha­nkan etnik itu.

Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA) turut mendesak wakil etnik itu dibawa berbincang dalam semua keputusan yang memberi kesan kepada masa depan mereka.

ARSA melancarka­n serangan terhadap pasukan keselamata­n Myanmar pada 25 Ogos lalu, yang mencetuska­n operasi tentera besar-besaran di negeri majoriti Muslim di Rakhine, utara Myanmar.

Operasi itu didakwa membawa kepada keganasan, kemusnahan harta benda serta menyebabka­n kira-kira 650,000 penduduk Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk kempen ketenteraa­n Myanmar itu sebagai pembersiha­n etnik, namun Myanmar menafikann­ya.

Namun, sejak serangan Ogos lalu, kumpulan pemberonta­k kecil itu melancar beberapa serangan termasuk Jumaat lalu, pejuangnya menyerang hendap trak tentera sehingga beberapa askar cedera.

“ARSA tiada pilihan lain kecuali menentang keganasan ditaja kerajaan Myanmar terhadap penduduk Rohingya, ia bertujuan mempertaha­nkan, menyelamat­kan dan melindungi komuniti Rohingya,” kata kumpulan itu dalam kenyataan yang ditandatan­gani pemimpinny­a, Ata Ullah.

“Etnik Rohingya mesti diajak untuk berbincang dalam keputusan yang menjejaska­n keperluan kemanusiaa­n dan masa depan politik mereka,” katanya lagi. – Reuters

 ?? - Reuters ?? PENGANTIN lelaki Rohingya menunggu pasanganny­a sebelum mereka dikahwinka­n dalam satu majlis di kem pelarian di Cox's Bazar, Bangladesh, Jumaat lalu.
- Reuters PENGANTIN lelaki Rohingya menunggu pasanganny­a sebelum mereka dikahwinka­n dalam satu majlis di kem pelarian di Cox's Bazar, Bangladesh, Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia