Harian Metro

Buang bayi dalam pesawat

 Wanita ditahan selepas mayat budak ditemui dalam tandas

-

Polis Indonesia semalam menahan seorang wanita yang disyaki ibu kepada seorang bayi yang ditemui mati di dalam tandas sebuah pesawat di lapangan terbang antarabang­sa Jakarta.

Ketua polis lapangan terbang, Ahmad Yusef berkata, Hani, 37, yang berasal dari Cianjur, Jawa Barat ditahan tidak lama selepas tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dari Bangkok pada jam 1 pagi (waktu tempatan).

“Dia kelihatan tidak sihat dan tidak akan disiasat sehingga dia stabil. Wanita itu kini dirawat di pusat kesihatan lapangan terbang,” katanya.

Polis mengesyaki Hani yang bekerja sebagai pembantu rumah di Abu Dhabi selama empat tahun, melahirkan bayi secara rahsia ketika menaiki penerbanga­n Etihad dari negara itu ke Jakarta kelmarin.

Kira-kira empat jam selepas berlepas, wanita itu mengalami pendarahan menyebabka­n kapten pesawat mengambil keputusan mendarat di Bangkok.

“Wanita ini duduk di kelas ekonomi tetapi kemudian baring di kelas perniagaan dengan memakai topeng oksigen.

“Kapten kemudian mengumumka­n bahawa pesawat perlu dilencongk­an ke Bangkok,” kata kru pesawat, Francesco Calore.

Tambahnya, apabila pesawat Airbus A330 mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Suvarnabhu­mi di Bangkok satu pasukan perubatan masuk ke dalam pesawat untuk memindahka­n Hani.

Pesawat itu berlepas ke Jakarta sejam selepas itu tanpa wanita berkenaan yang menaiki penerbanga­n lain untuk pulang.

Pekerja pembersiha­n di Jakarta menemui mayat bayi lelaki yang cukup bulan itu dibalut dengan beg plastik di dalam laci di tandas pesawat.

Menurut Yusef, punca kematian bayi itu masih belum diketahui.

Wanita ini duduk di kelas ekonomi tetapi kemudian baring di kelas perniagaan dengan memakai topeng oksigen”

Francesco Calore

 ?? - Warta Kota ?? ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi yang ditemui di dalam pesawat Etihad Airways yang baru tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta kelmarin.
- Warta Kota ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi yang ditemui di dalam pesawat Etihad Airways yang baru tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia