Harian Metro

Kesan ‘bom siklon’

- AFP

Kawasan timur Amerika Syarikat (AS) dan Kanada dilanda suhu di bawah paras beku melampau kelmarin susulan ribut musim sejuk yang mencetuska­n huru-hara di lapangan terbang utama di sini.

Di Kanada, suhu mencapai negatif 50 darjah Celsius diramalkan di utara Ontario dan Quebec.

Fenomena ledakan Artik dan angin sejuk menyebabka­n suhu jatuh ke paras negatif 42 darjah Celsius di seluruh timur AS dengan risiko gigitan fros, jika kulit terdedah dalam tempoh 10 minit, pihak berkuasa memberi amaran.

Suhu sejuk beku itu berlaku susulan ribut digelar ‘bom siklon’ oleh peramal kaji cuaca, menjadi punca kematian sekurangny­a 19 orang di AS, lapor media tempatan.

Ribut sejak Khamis lalu membadai kawasan Pantai Timur dengan salji lebat, suhu paras beku dan angin kencang, memaksa banyak penerbanga­n dibatalkan.

Namun kelmarin, lebih 3,420 penerbanga­n masuk dan keluar AS masih tergendala dengan Lapangan Terbang John F Kennedy (JFK) di sini, dan lapangan terbang Charleston di Carolina Selatan, paling teruk terjejas.

Pihak berkuasa yang mengendali­kan lapangan terbang di bandar raya ini, mengumumka­n hanya penerbanga­n masuk ke JFK dibenarkan termasuk semua penerbanga­n dijadual tiba ke Terminal 1 sepanjang malam kelmarin.

Katanya, peningkata­n dalam penjaduala­n semula penerbanga­n selepas ribut digabung bersama kerosakan teruk akibat bencana alam itu mengakibat­kan kelewatan kepada pesawat dan penumpang.

Flightrada­r24 pula melaporkan, sekurang-kurangnya 12 penerbanga­n antarabang­sa menunggu dua hingga empat jam untuk menurunkan penumpang.

Penumpang mengadu terkandas di landasan selama berjam-jam dan kemudian terpaksa menunggu lama untuk mengambil bagasi yang menyukarka­n perjalanan terutama bayi dan warga emas.

“Hilang sabar,” kata seorang penumpang, James Allen di laman Twitter miliknya. Katanya, pesawat Virgin Atlantic yang dinaikinya menunggu tiga jam di landasan sebelum penumpang dibenarkan turun dan dua jam lagi menunggu bagasi.

“Dua anak yang masih kecil kelaparan, dahaga dan

 AS, Kanada dilanda suhu di bawah paras beku melampau

penat tetapi tiada kemudahan atau bantuan di tempat tuntutan bagasi. Sangat lemah,” tambahnya.

 ??  ?? PENJUAL air minuman menunggu pelanggan manakala beberapa orang bermain di kawasan Maidan, Kolkata, India semalam. - AFP SEORANG lelaki mendukung seorang kanak-kanak yang cedera dalam satu serangan udara di bandar Hamouria, timur Ghouta, Syria kelmarin....
PENJUAL air minuman menunggu pelanggan manakala beberapa orang bermain di kawasan Maidan, Kolkata, India semalam. - AFP SEORANG lelaki mendukung seorang kanak-kanak yang cedera dalam satu serangan udara di bandar Hamouria, timur Ghouta, Syria kelmarin....
 ??  ?? BEBERAPA peserta menerbangk­an layang-layang berbentuk bulatan pada Festival Layang-layang Antarabang­sa di Ahmedabad, India semalam. - Reuters
BEBERAPA peserta menerbangk­an layang-layang berbentuk bulatan pada Festival Layang-layang Antarabang­sa di Ahmedabad, India semalam. - Reuters
 ??  ??
 ??  ?? SEORANG kanak-kanak lelaki Palestin melihat ke luar tingkap rumahnya di kem pelarian Khan Younis di Gaza
semalam. - Reuters
SEORANG kanak-kanak lelaki Palestin melihat ke luar tingkap rumahnya di kem pelarian Khan Younis di Gaza semalam. - Reuters
 ??  ?? PEKERJA membersihk­an salji tebal di sebatang jalan raya di Boston, Massachuse­tts kelmarin. - Agensi
PEKERJA membersihk­an salji tebal di sebatang jalan raya di Boston, Massachuse­tts kelmarin. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia