Harian Metro

LATIHAN ‘ALA KOMANDO’

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 30 pemain takraw berguru di kem tentera di Banting

Seramai 30 pemain sepak takraw negara dijadualka­n melapor diri kepada ketua jurulatih negara, Abdul Talib Ahmad

hari ini bagi menjalani latihan ‘ala komando’ selama dua bulan.

Menurut Abdul Talib, ia adalah perancanga­n awal skuad negara dalam menghadapi Sukan Asia di Indonesia yang dijadualka­n berlangsun­g pada Ogos nanti.

“Kita menyenarai­kan 30 pemain dan dalam masa terdekat mereka akan menjalani latihan di kem komando yang terletak di Banting selama dua bulan.

“Ia adalah lebih kepada usaha membina jati diri, kekuatan mental dan fizikal,” jelasnya.

Ia dilihat proses yang penting kepada skuad negara, terutamany­a apabila perlu berdepan cabaran tuan rumah yang sudah pasti akan mendapat sokongan padu

(gambar)

penyokong sendiri.

Skuad sepak takraw negara tidak mempunyai pilihan selain membawa pulang sebutir pingat emas selepas 12 pemain mereka dikekalkan dalam Program Podium.

Indonesia hanya menyenarai­kan acara berpasukan regu, beregu berpasukan dan quadrant (empat sebelah) bagi kategori lelaki dan wanita.

Kali terakhir Malaysia meraih emas di Sukan Asia adalah pada 1994 menerusi acara antara regu manakala 1990 adalah kali terakhir skuad kebangsaan menang kategori berpasukan regu.

 ??  ?? MOHD Hanafiah Dollah (kanan) menghalang libasan pemain Filipina, Ortoust Rheyuey Cabogoy (kiri) ketika Malaysia menentang Filipina di Sukan SEA lalu.
MOHD Hanafiah Dollah (kanan) menghalang libasan pemain Filipina, Ortoust Rheyuey Cabogoy (kiri) ketika Malaysia menentang Filipina di Sukan SEA lalu.
 ??  ?? PEMAIN negara, Mohd Hanafiah (kiri atas), Meor Zulkifar Mohd Amin (atas kanan), Farhan Adam (kiri bawah), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tengah) dan Mohd Khairol Zaman Hamir Akhbar bergambar bersama selepas meraih pingat emas pada aksi sepak takraw regu...
PEMAIN negara, Mohd Hanafiah (kiri atas), Meor Zulkifar Mohd Amin (atas kanan), Farhan Adam (kiri bawah), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tengah) dan Mohd Khairol Zaman Hamir Akhbar bergambar bersama selepas meraih pingat emas pada aksi sepak takraw regu...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia