Harian Metro

Hentikan perselisih­an faham

-

Kuala Lumpur: Persekutua­n Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) berharap isu dalaman serta perselisih­an faham antara individu di bawah naungannya tidak dipanjangk­an sehingga ke muka pengadilan.

Setiausaha Agung PESAKA, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (gambar) berkata sekiranya perbincang­an meja bulat juga gagal menemui penyelesai­an, pihaknya sudi menjadi orang tengah supaya kemelut berkenaan dapat ditamatkan.

Kenyataan Megat itu merujuk kepada hasrat bekas juara silat dunia, Zakri Ibrahim yang akan membuat laporan polis serta memfailkan saman malu terhadap beberapa ahli jawatankua­sa (AJK) dalam Persatuan Bekas Pesilat Negara (PBPN) kerana menuduhnya menipu.

“Kepada Zakri, saya secara peribadi memang kagum dengan semangat yang ada pada dirinya dan saya juga faham sesekali perasaan kita terguris. Biasalah apa yang kita buat, tak semua dipandang baik dan mungkin ia disalahert­ikan,” kata Megat.

“Tetapi saya mohon supaya perkara ini tidak diheret sehingga ke pihak polis ataupun membabitka­n saman kerana ia akan berpanjang­an dan tidak akan selesai. Saya juga berharap tidak ada lagi tohmahan ataupun cakap-cakap di belakang kerana kadang kala inilah hasilnya.

“Mereka mesti duduk semeja dan berbincang, sekiranya tidak jumpa jalan penyelesai­an saya akan menawarkan diri untuk menjadi orang tengah agar perkara ini dapat diselesaik­an.”

Zakri, bekas pemenang pingat emas Kejohanan Silat Olahraga Dunia 2000 Jakarta semalam menegaskan beliau pernah memanggil beberapa individu untuk bersemuka pada 29 Disember lalu, namun mereka tidak muncul atas alasan tertentu.

Pengasas PBPN itu sudah meletakkan jawatan sebagai pengerusi pada 24 Oktober 2017 dan mendakwa terdapat pakatan mencipta tuduhan yang tidak ada bukti mengenai dirinya termasukla­h melakukan penipuan.

Bekas juara silat dunia itu dijangka membuat laporan polis hari ini dan beliau memberi tempoh 14 hari kepada beberapa individu untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka atau membuktika­n dirinya penipu. Jika tidak, saman malu akan difailkan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia