Harian Metro

KLHC nafi hasrat THT

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@nstp.com.my

Bukit Jalil: Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) muncul juara Piala Tan Sri P Alagendra selepas menewaskan Pasukan Hoki Terengganu (THT) 4-3 menerusi pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 dalam masa permainan sebenar aksi final di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kegagalan Manraj Singh, Fitri dan abangnya, Faizal Saari pada penentuan penalti menafikan hasrat THT untuk mempertaha­nkan kejuaraan.

Terdahulu, dalam tempoh 11 minit pertama, THT nyata lebih garang apabila mendahului dua gol, masing-masing menerusi bintang import dari Argentina, Gonzalo Peillat pada minit ke-10 dan Manraj Singh (m-11), kedua-duanya menerusi pukulan sudut penalti.

Situasi itu seakan mengejutka­n ‘lena’ KLHC namun deretan peluang terhidang gagal disudahkan dengan sempurna.

Bagaimanap­un, kedudukan kembali seimbang selepas KLHC meraih dua gol menerusi Jang Jonghyun pada minit ke-16 dan Mohd Samim Mohd Yusof, minit ke-23.

Pada minit ke-34, gol padang yang dihasilkan Joshua Pollard memastikan giliran KLHC berada di depan tetapi ia hanya bertahan 19 minit selepas Peillat kembali meledak gol ketiga THT.

Pada penentuan penalti, kegagalan Pollard dan Mohd Syamim menghasilk­an jaringan membuka peluang buat THT dinobatkan selaku juara sebaliknya, kegagalan tiga pukulan terakhir yang diambil Manraj, Fitri dan Faizal mengecewak­an kelab dari Terengganu itu.

 ?? FOTO: ?? PEMAIN THT, Faizal Saari (kiri) diasak pemain KLHC pada final Piala Tan Sri P Alagendra, malam tadi.
FOTO: PEMAIN THT, Faizal Saari (kiri) diasak pemain KLHC pada final Piala Tan Sri P Alagendra, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia