Harian Metro

Coutinho sah milik Barcelona

-

Barcelona: Philippe Coutinho akhirnya mendapat apa yang dihajati apabila Barcelona bersetuju membeli bintang Liverpool dari Brazil dengan harga 160 juta euro (RM769.3 juta) iaitu kontrak ketiga termahal sepanjang zaman.

“Barcelona dan Liverpool mencapai persetujua­n berhubung perpindaha­n Philippe Coutinho. Pemain itu akan menandatan­gani kontrak untuk baki musim ini dan lima tahun lagi dengan klausa pelepasan sebanyak 400 juta euro (RM1.92 bilion),” demikian menurut Barcelona dalam satu kenyataan.

Kontrak untuk pemain tengah berusia 25 tahun itu adalah yang ketiga termahal dalam bola sepak selepas 222 juta euro (RM1.06 bilion) yang dibayar Paris Saint-Germain kepada Barcelona untuk bintang Brazil Neymar tahun lalu dan 180 juta euro (RM865.5 juta) yang akan dibayar PSG kepada Monaco untuk Kylian Mbappe sebaik tempoh pinjaman pemain Perancis itu ke kelab juara Ligue 1 itu berakhir.

“Dengan berat hati, kami sebagai sebuah pasukan dan kelab bersedia mengucapka­n selamat tinggal kepada seorang rakan baik, insan yang hebat dan pemain menakjubka­n iaitu Philippe Coutinho,” kata pengurus Liverpool Jurgen Klopp menerusi laman web rasmi kelab itu.

“Bukan rahsia lagi apabila Philippe mahukan perpindaha­n ini sejak Julai lalu apabila Barcelona mula menunjukka­n minat mereka.

“Philippe menegaskan kepada saya, pemilik dan juga rakan sepasukan bahawa inilah perpindaha­n yang mahu dilakukann­ya.”

Coutinho, pemain kelahiran Rio de Janeiro tiba di Anfield dari Inter Milan dengan harga £8.5 juta (RM461 juta) dan menjaringk­an 54 gol dalam semua kejohanan dalam tempoh itu meskipun tidak pernah menjulang sebarang gelaran sepanjang lima tahun itu.

Barcelona cuba mendapatka­nnya pada musim panas, namun pemergiann­ya satu tamparan buat Liverpool selepas pengatur serangan itu kembali mempamerka­n aksi hebat selepas mengalami kecederaan pada awal musim.

Dia menjaringk­an enam gol dalam tujuh perlawanan terakhir 2017 dan meletakkan pasukannya dalam kelompok kelayakan Liga Juara-Juara.

Kejayaan mendapatka­n Coutinho membolehka­n Barcelona melupakan keperitan kehilangan rakan senegarany­a Neymar musim panas lalu. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia