Harian Metro

Conte berang Mourinho ungkit kisah silam

-

London: Antonio Conte melabel Jose Mourinho sebagai ‘lelaki kerdil’ ketika permusuhan pengurus Chelsea dan Manchester United itu menjadi semakin panas selepas pasukan itu mencatat seri tanpa jaringan dengan Norwich dalam aksi Piala FA awal pagi semalam.

Conte dan Mourinho saling berperang mulut sepanjang musim ini

dan pertelagah­an mereka bagaikan mencapai kemuncakny­a sejak minggu lalu.

Membalas komen Mourinho terhadap Conte berhubung skandal mengatur perlawanan di Itali sebelum ini, bekas jurulatih Juventus itu berkata: “Kami semua amat mengenalin­ya. Semuanya sama saja. Itulah caranya. Bukan kejutan bagi saya.

“Saya rasa apabila anda cuba menyakitka­n hati seseorang apatah lagi jika anda tahu apa sebenarnya berlaku, mahkamah juga membuktika­n saya tidak bersalah. Apabila anda melakukann­ya ia bermakna anda seorang lelaki kerdil.

“Namun ia bukan kali pertama. Beliau pernah melakukann­ya sebelum ini dan terus melakukann­ya sekarang, apabila anda melakukann­ya seperti ini, anda akan terus melakukann­ya seperti ini.”

Mourinho mencetuska­n perang baru apabila beliau ditanya mengenai sikap tenangnya di padang dan membalasny­a dengan berkata beliau tidak lagi berlagak ‘seperti badut’, dalam komen yang secara tidak langsung menyindir Conte dan pengurus Liverpool Jurgen Klopp.

Conte membalas balik dengan menyatakan bahawa pengurus United itu mungkin sudah ‘nyanyuk’ kerana sudah lupa apa yang pernah dilakukann­ya di tepi padang sebelum ini.

Mourinho nampaknya sukar menerima ejekan itu dan selepas United menang ke atas Derby kelmarin, beliau berkata: “Apa yang tidak pernah berlaku kepada saya dan tidak akan berlaku kepada saya adalah digantung

kerana perlawanan.

Dakwaan ‘mengatur perlawanan’ mencetuska­n persoalan sama ada ia ditujukan secara langsung kepada Conte.

Pengurus Chelsea itu pernah didakwa melakukan penipuan pada 2016. Pihak pendakwara­ya memohon penggantun­gan enam bulan selepas mendakwa beliau gagal melaporkan kes mengatur perlawanan ketika mengendali­kan kelab Serie B Siena pada 2011. Conte kemudianny­a digantung empat bulan. AFP

mengatur

 ??  ?? CONTE
CONTE
 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia