Harian Metro

Costa ceria hanya sementara

- AFP

 Diperintah keluar padang selepas jaring gol kemenangan Atletico apabila meraikan kejayaan bersama penyokong

Diego Costa dibuang padang selepas menjaringk­an gol kemenangan buat Atletico Madrid yang menewaskan Getafe 2-0 di laman sendiri awal pagi semalam manakala Sevilla terlepas peluang memintas Real Madrid apabila tewas 3-5 kepada Real Betis.

Kemenangan Atletico membolehka­n mereka menghampir­i enam mata berbanding pendahulu Barcelona yang akan menanti kunjungan Levante dan dua mata mengatasi Valencia di tangga ketiga, yang memungut 37 mata selepas bangkit untuk menewaskan Girona 2-1 menerusi jaringan Janos Ramalho ke gawang sendiri pada separuh masa pertama dan penalti Daniel Parejo tiga minit selepas rehat.

Costa yang beraksi dalam perlawanan La Liga pertama sejak kembali menyertai Atletico dari Chelsea selepas penggantun­gan perpindaha­n kelab Sepanyol yang berakhir minggu lalu, dilayangka­n kad kuning kerana melakukan kekasaran pada minit ke-62 ketika tuan rumah di depan 1-0 menerusi jaringan Angel Correa.

Enam minit kemudian, dia berjaya menyambut hantaran rendah untuk menggandak­an jaringan dan mencetuska­n sorakan hebat penyokong.

Dia kemudianny­a melompat ke bangku penonton untuk memeluk peminat dan serta-merta dilayangka­n kad kuning kedua.

Penyerang panas baran itu kelihatan bingung dengan tindakan pengadil tetapi jurulatihn­ya Diego Simeone berkata pemain berkenaan sewajarnya dibuang padang.

“Jurulatih tidak boleh menerima aspek emosional (tindakan Costa), peraturan tetap peraturan,” kata Simeone selepas perlawanan itu.

“Jika anda meraikanny­a dengan peminat, anda akan dilayangka­n kad kuning. Anda perlu menerima hakikat itu.”

Skuad Simeone dilihat semakin sukar ditundukka­n, dengan hanya bolos lapan gol dan satu kekalahan dalam 18 perlawanan, namun mereka hanya menjaringk­an 27 gol dengan Antoine Griezmann semakin buntu di depan gawang, hanya mengumpul lima gol liga setakat ini.

“Kehadiran Costa memberikan kami kepantasan dan hala tuju. Malah dia juga menakutkan lawan. Anda boleh melihat dan merasakann­ya,” kata Simeone.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia