Harian Metro

Turun skuad terbaik

-

Changshu, China: Pasukan pilihan, Iraq membawa perkhabara­n buruk buat skuad bawah 23 tahun negara (B-23) menjelang pertembung­an Kumpulan C Kejohanan AFC B-23 di Changshu, China, Rabu ini apabila jurulatihn­ya, Abdul Ghani Shahad menyatakan beliau akan menurunkan skuad terbaiknya dalam misi mengulangi kejayaan muncul juara edisi pertama 2013 di Oman.

“Tak ada masalah, semua pemain dalam keadaan terbaik tanpa masalah kecederaan. Kami selalu mahu menjadi juara, tapi kami perlu fokus satu perlawanan ke satu perlawanan. Kami bukan hanya perlu memikirkan tentang Malaysia, malah Jordan dan Arab Saudi,” katanya ketika ditemui pemberita di hotel penginapan, semalam.

Iraq hadir dengan reputasi hebat selepas muncul juara pada tahun 2013 menewaskan Arab Saudi 1-0 pada final di Oman dan menduduki tempat ketiga pada edisi 2016 di Qatar.

Anak buah Abdul Ghani juga hanya kalah sekali dalam sembilan perlawanan tahun lalu, 1-0 di tangan Qatar dalam aksi persahabat­an pada Disember dan menang kesemua tiga perlawanan dalam pusingan kelayakan mengalahka­n Afghanista­n 8-0, Bahrain 2-1 dan Arab Saudi 2-0.

Iraq juga turut menewaskan

(gambar)

satu lagi pasukan pencabar Kumpulan C di kejohanan kali ini, Jordan 1-0 dalam aksi persahabat­an Julai lalu.

Walaupun yakin dengan kemampuan anak buahnya yang dilihat tidak berdepan masalah dengan cuaca sejuk, Abdul Ghani, yang pernah membimbing kelab Naft Al-Wasat muncul juara Liga Premier Iraq 2014/2015 tetap tidak mahu mengambil mudah cabaran Malaysia.

“Kami hanya melakukan persiapan biasa dengan mengadakan satu perlawanan sebelum datang ke sini. Kami ada maklumat tentang Malaysia, saya berharap kami dapat mengenal pasti sistem untuk menentang Malaysia.

“Bagi saya semua perlawanan sama, setiap pasukan ada peluang yang sama, kami bersedia untuk semua pasukan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia