Harian Metro

Kogi enggan dibayangi duka lalu

-

Changshu, China: Penyerang muda negara, R Kogileswar­an mahu menjadikan detik kegagalan 2014 sebagai pembakar semangatny­a untuk membantu misi skuad bawah 23 tahun negara (B-23) mengharung­i Kejohanan AFC B-23 di Changshu, China bermula Rabu ini.

Kogileswar­an atau lebih dikenali sebagai Kogi baru berusia 19 tahun namun mendapat kepercayaa­n pengendali Datuk Ong Kim Swee untuk bersama skuad lebih senior kali ini.

Bagaimanap­un, pentas antarabang­sa bukan asing kerana pengalaman­nya bersama skuad B-16 dan B-19. “Tekanan tak ada pada saya, saya pernah bermain dalam kejohanan AFC B-16, AFC

B-19,

dan kali ini AFC B-23, saya tahu standard antarabang­sa macam mana.

“Bukan senang nak main dalam intensiti tinggi tapi saya akan buat yang terbaik untuk negara, harap-harap kita boleh layak ke suku akhir,” katanya.

Kogi mula mendapat perhatian apabila hampir membantu skuad B-16 layak ke Piala Dunia B-17 pada 2015 di Chile namun disekat Australia dengan keputusan 1-2 di suku akhir Kejohanan AFC B-16 di Bangkok, Thailand.

Dan bekas pemain Harimau Muda C yang kini beraksi dengan Pahang itu percaya kegagalan itu adalah pengajaran terbaik buatnya.

“Skuad B-16 pernah cuba untuk layak ke Piala Dunia, tapi kalah 1-2 di suku akhir dengan Australia. Memang amat kecewa, itu pasukan B-16 yang terbaik pernah pergi sejauh itu. Dalam hidup saya tak lupakan insiden itu,” katanya.

Kogi dilihat semakin serasi bersama pemain lebih senior dan berjaya membuktika­n kemampuann­ya apabila meledak gol ketika menewaskan skuad Universiti Honam 1-0 dalam aksi persahabat­an di Mokpo, Korea Selatan bulan lalu.

Malaysia akan memulakan kempen Kumpulan C Kejohanan AFC B-23 menentang juara 2013, Iraq Rabu ini diikuti Jordan (13 Januari) dan Arab Saudi (16 Januari).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia