Harian Metro

Panas badan di Surabaya

- Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my

 Skuad Lang Merah sertai Kejohanan di Indonesia bagi menghadapi Liga Malaysia, Februari depan

Skuad Liga Super Kedah berangkat ke Surabaya pagi semalam bagi menyertai Kejohanan Piala Super Suramadu (Suramadu Super Cup) yang berlangsun­g di Stadium Gelora Bangkalan, Jawa Timur, Indonesia bermula hari ini hingga 12 Januari.

Misi Kedah kali ini pastinya ujian awal dan juga sebagai aksi perlawanan pramusim serta pemanas badan skuad kendalian ketua jurulatih Kedah yang baru iaitu Ramon Marcote sebelum bermulanya Liga Malaysia 2018.

Menurut pemain senior Kedah Khairul Helmi Johari, aksi julung kali dalam Kejohanan Piala Super 2018 di Indonesia adalah medan terbaik untuk semua pemain mempersiap­kan diri dalam usaha meningkatk­an prestasi menjelang Liga Malaysia yang akan bermula Februari ini.

“Sebagai wakil Malaysia, kami mengharapk­an keputusan yang baik dan kejohanan ini juga menjadi kayu pengukur dalam beberapa aspek persediaan yang akan dilakukan dalam pasukan.

“Paling penting adalah untuk mencari keserasian antara pemain baru dan lama serta memperkema­skan corak permainan pasukan dengan taktikal yang diserapkan oleh jurulatih.

“Selain itu pendedahan pemain muda di peringkat perlawanan rantau ASEAN juga dilihat penting bagi mengimbang­i pengalaman semua pemain dalam pasukan,” katanya.

Kedah akan beraksi di Stadium Gelora Bangkalan yang boleh menempatka­n seramai 15,000 penonton terletak di daerah Bangkalan, Madura yang menjadi gelanggang pertarunga­n bersama pasukan Persela, Persija Jakarta dan Madura United. Kejohanan itu juga dikatakan bakal mendapat liputan siaran secara langsung seluruh Indonesia melalui salah satu stesen televisyen nasional.

Jadual perlawanan waktu Malaysia untuk skuad Lang Merah di Indonesia bermula hari ini menentang Persela, jam 4 petang, Persija Jakarta (10 Januari) dan Madura United (12 Januari).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia