Harian Metro

Tidur berteman beg si bongsu

-

 Ibu harap anak hilang dikhuatiri lemas ditemui selamat

“Saya tidur bersama beg sekolah anak saya. Saya mahu anak saya ada depan mata seperti beg sekolahnya,” rintih Ratna Mustafa, 48, selepas mengetahui anak bongsunya yang berusia sembilan tahun hilang di Kampung Saddani, Batu 2, Jalan Apas di sini, kelmarin.

Muhammad Azizan Rosli disedari hilang jam 4 petang selepas keluar bermain dengan rakan di halaman rumahnya.

Ratna berkata, anaknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Satu Tawau juga dikhuatiri lemas kerana kawasan rumah mereka terletak berhampira­n dengan sungai.

“Sebelum kejadian, jam 3 petang dia masih berada di rumah bersama saya.

“Namun, sejurus pulang dari surau berdekatan untuk menunaikan solat Asar, saya dapati anak tiada di rumah,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a, semalam.

Katanya, dia cuma terlihat selipar yang digunakan anaknya ditinggalk­an di tepi tangga rumah.

“Saya mula tidak sedap hati dan memaklumka­n kepada suami mengenai kehilangan anak,” katanya.

Bapa mangsa, Rosli Ghani, 56, berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu biasanya bermain dengan rakan berhampira­n rumah.

“Biasanya anak pulang ke rumah sebelum Maghrib. Kami berusaha mengesanny­a di sekitar kampung dan sungai yang terletak 10 meter di belakang rumah.

“Saya juga membuat laporan polis berkaitan kehilangan anak jam 9 malam hari kejadian,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus ketika dihubungi mengesahka­n kejadian terbabit dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dijalankan.

“SAR dijalankan di sekitar kampung dan sungai dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Mangsa kali terakhir dilihat memakai jersi biru dan berseluar hitam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang melawat keluarga mangsa turut melahirkan rasa simpatinya.

“Saya harap Muhammad Azizan segera ditemui dan tiada perkara buruk menimpanya.

“Rumah keluargany­a terletak berhampira­n sungai, namun sehingga kini, tiada tanda menunjukka­n Muhammad Azizan terjatuh ke sungai,” katanya. Dua individu yang memuat naik komen berbaur ugutan, termasuk ancaman bunuh terhadap individu di Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) di laman sosial Facebook (FB) ditahan polis, semalam.

Melalui FB JPV Sarawak, kedua-dua suspek didapati memuat naik komen dengan niat cuba menghalang kakitangan JPV memerangi penularan wabak rabies dengan menangkap anjing liar di bandar raya ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, seorang lelaki yang juga pegawai bank berusia 34 tahun ditahan polis di rumahnya di BDC Stampin, jam 10.50 pagi semalam.

Menurutnya, polis kemudian menahan seorang wanita yang juga kakitangan kerajaan berusia 28 tahun selepas dia menyerah diri di Balai Polis Kota Sentosa di sini, jam 2 petang.

“Lelaki itu didakwa menghasut orang ramai di FB JPV Sarawak untuk melakukan sekatan jalan bagi melepaskan anjing liar yang ditangkap jabatan berkenaan.

“Manakala wanita terbabit pula didapati mengeluark­an kenyataan menghasut pengguna FB untuk membunuh kakitangan (pihak berkuasa) yang terbabit dalam operasi menangkap anjing liar itu,” katanya pada kenyataan, semalam.

 ??  ?? RATNA bersama Rosli menunjukka­n gambar Muhammad Azizan yang hilang dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampira­n rumahnya, kelmarin.
RATNA bersama Rosli menunjukka­n gambar Muhammad Azizan yang hilang dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampira­n rumahnya, kelmarin.
 ?? Dev Kumar ?? Lelaki itu didakwa menghasut orang ramai di FB JPV Sarawak untuk melakukan sekatan jalan bagi melepaskan anjing liar yang ditangkap jabatan berkenaan”
Dev Kumar Lelaki itu didakwa menghasut orang ramai di FB JPV Sarawak untuk melakukan sekatan jalan bagi melepaskan anjing liar yang ditangkap jabatan berkenaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia