Harian Metro

Tangkap anjing liar

- Harun Yahya am@hmetro.com.my

 MDJ jalankan operasi besar-besaran elak kes rabies menular

Majlis Daerah Julau (MDJ) menjalanka­n operasi besar-besaran menangkap anjing liar di kawasan di bawah pentadbira­nnya kelmarin, selepas seekor anjing liar disahkan positif virus

pada 29 Disember lalu. Residen Sarikei Junaidi Mohidin berkata, kes positif virus atau penyakit anjing gila itu yang pertama dicatatkan di daerah berkenaan.

Menurutnya, anjing itu ditangkap berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau sebelum sampel daripada haiwan itu diserah kepada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Sarawak untuk pemeriksaa­n.

“Bagi mengelak penularan virus itu, kami menangkap semua anjing liar dalam radius 10 kilometer dari kawasan SMK Julau.

“Walaupun kes terkawal di daerah ini, kami tidak mahu mengambil risiko kerana bimbang ada anjing liar yang dijangkiti penyakit berbahaya itu berkeliara­n di sini,” katanya ketika mempengeru­sikan mesyuarat operasi menangkap anjing liar di Pejabat Daerah Julau, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Bahagian Kesihatan Awam, Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Dr Cheong Yaw Liang.

Operasi itu membabitka­n sekitar pekan Julau, kawasan seberang sungai pekan Julau, SMK Julau, SMK Julau 2, Taman Mu Sing, perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau serta semua tempat pembuangan sampah.

Junaidi berkata, setakat ini, Sarikei mencatatka­n satu kes gigitan seminggu, namun ia hanya kes gigitan anjing tidak dijangkiti.

“JPV Sarawak juga mengadakan program suntikan vaksin terhadap anjing peliharaan penduduk di daerah ini bagi mengelak penularan rabies,” katanya.

 ??  ?? ANJING liar yang ditangkap menggunaka­n ubat pelali dimasukkan ke kandang sebelum diperiksa.
ANJING liar yang ditangkap menggunaka­n ubat pelali dimasukkan ke kandang sebelum diperiksa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia