Harian Metro

Banjir surut tiga PPS ditutup

-

Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Membakut, di sini, ditutup jam 3 petang semalam berikutan banjir di daerah itu mulai surut.

Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman berkata, 637 mangsa daripada 221 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Penduduk yang ditempatka­n di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Patrick, bangunan KAFA dan Dewan Serbaguna Membakut dibenarkan pulang selepas banjir di daerah ini surut.

“Proses menghantar pulang semua mangsa dilakukan sejak jam 11 pagi dengan bantuan pelbagai pihak termasuk anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan lain-lain,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Shaid berkata, paras air di Sungai Membakut semakin menurun. Bagaimanap­un, keadaan cuaca masih tidak menentu.

“Kami sentiasa bersedia untuk membuka semula PPS sekiranya banjir melanda lagi,” katanya.

Sibu: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu berjaya menurunkan kadar jenayah daripada 802 kes yang direkodkan pada 2016 kepada 756 kes sepanjang 2017.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zailanni Amit berkata, daripada 756 kes, 634 membabitka­n jenayah harta benda manakala 122 pula jenayah kekerasan.

“Seramai 23 suspek diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA), ia lebih tinggi daripada sasaran 10 suspek saja.

“Sepanjang 2017, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Sibu juga menahan 1,021 individu kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan dadah.

“Manakala Bahagian Siasatan Jenayah Komersial,

 ??  ?? ANGGOTA APM dan RELA bantu memindahka­n mangsa banjir dari PPS.
ANGGOTA APM dan RELA bantu memindahka­n mangsa banjir dari PPS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia