Harian Metro

ANAK DIPERKOSA SAMPAI MATI

 Remaja Rohingya dirogol, diseksa ditemui maut di kem Arakan

- Yusmizal Dolah Aling yusmiza@hmetro.com.my

Seorang remaja perempuan etnik Rohingya berusia 14 tahun dirogol, diikat dan diseksa sebelum meninggal dunia di sebuah kem di Arakan, kelmarin.

Dia yang dibawa ke kem berkenaan dari kampungnya tiga hari lalu, ditemui dalam bungkusan plastik besar oleh penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan.

Ia menimbulka­n ketegangan di kem penempatan di Arakan, ketika misi bantuan antarabang­sa hanya dapat menyalurka­n sebilangan kecil bantuan ekoran kawalan ketat oleh tentera.

Naib Presiden Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, gambar yang menyayat hati itu dikongsika­n ahli gabungan MAPIM di sana.

“Sedih melihat si bapa yang memeluk anaknya yang terbujur kaku di tepi jalan. Dua hari lalu, tentera datang ke kampungnya dan memaksa anak perempuann­ya mengikut mereka ke kem.

“Dua hari tanpa sebarang berita, akhirnya mayat anak itu ditemui di tepi jalan dalam bungkusan plastik. Ada kesan cedera. Ia satu lagi tindakan kejam daripada tentera di sana,” katanya kepada Harian Metro.

Ahmad Tarmizi berkata, ketika ini MAPIM dibantu pertubuhan antarabang­sa lain mengusahak­an bantuan untuk dibawa masuk ke Arakan sebagai bantuan segera kepada etnik Rohingya yang tinggal dalam ketakutan sejak operasi ketenteraa­n dilancarka­n pada 25 Ogos tahun lalu.

Katanya, di sebelah Bangladesh tidak mempunyai masalah kerana kerajaan negara itu mengalu-alukan pelbagai jenis bantuan masuk ke sana dan ia diuruskan banyak pihak.

“Masalahnya di sebelah Arakan. Mereka masih dikawal ketat tentera yang membuat pos kawalan di hampir semua pintu masuk ke kampung, walaupun sebahagian besarnya musnah dibakar sebelum ini.

“Orang ramai yang ingin menyumbang boleh mendapatka­n maklumat menerusi laman Facebook MAPIM,” katanya.

Ketika ini MAPIM dibantu pertubuhan antarabang­sa lain mengusahak­an bantuan untuk dibawa masuk ke Arakan”

Ahmad Tarmizi Sulaiman

 ??  ??
 ??  ?? BAPA memeluk mayat anaknya yang ditemui dalam bungkusan plastik di sebuah kem di Arakan, kelmar in .
BAPA memeluk mayat anaknya yang ditemui dalam bungkusan plastik di sebuah kem di Arakan, kelmar in .
 ??  ?? KEADAAN pelarian Rohingya yang beratur menunggu bantuan di kem di Bangladesh.
KEADAAN pelarian Rohingya yang beratur menunggu bantuan di kem di Bangladesh.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia