Harian Metro

LORI LANYAK 5 KEDAI

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

 Lori pasir terbabas elak motosikal langgar lampu isyarat

“Bunyi dentuman kuat dan gegaran yang berlaku tidak ubah seperti gempa bumi. Mujur saya terselamat walaupun kedai didiami ranap dirempuh lori pasir,” kata Mohammad Ayas, 26.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi semalam, lima lot kedai rosak teruk selepas dilanggar lori yang hilang kawalan berhampira­n simpang tiga lampu isyarat Pekan Batu 14, Hulu Langat di sini.

Premis perniagaan yang rosak adalah kedai jahitan pakaian, kedai papan iklan (dua lot) dan bengkel motosikal (dua lot).

Mohammad berkata, insiden berlaku ketika dia tidur di belakang kedai perniagaan papan iklan.

Katanya, kejadian mengakibat­kan premis perniagaan milik majikannya yang beroperasi sejak 15 tahun lalu hampir ranap sepenuhnya.

“Manakala dua premis lagi rosak di bahagian hadapan.

“Difahamkan kejadian berlaku apabila lori pasir dari arah Ampang cuba membelok ke kanan sewaktu melalui simpang tiga lampu isyarat Pekan Batu 14 di sini.

“Lori itu hilang kawalan sebelum terbabas melanggar hadapan lima kedai di tepi jalan,” katanya.

Bagaimanap­un dia bersyukur kerana tidak cedera manakala pemandu lori hanya cedera ringan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff mengesahka­n kejadian itu.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila lori dipandu lelaki berusia 39 tahun terbabit hilang kawalan ketika mengelak motosikal yang melanggar lampu merah di simpang itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LIMA kedai ranap akibat dirempuh lori berhampira­n simpang tiga lampu isyarat Pekan Batu 14, Hulu Langat.
LIMA kedai ranap akibat dirempuh lori berhampira­n simpang tiga lampu isyarat Pekan Batu 14, Hulu Langat.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia