Harian Metro

NAJIB JUMPA NAJIB

- Mohd Fauzi Abdullah dan Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz am@hmetro.com.my

 Nama murid SK Paloh Hinai seiras dengan Perdana Menteri antara 2,000 penerima bantuan

Pekan

“Tiga minggu selepas melahirkan­nya, baru saya tahu nama penuh anak bongsu sama seperti Perdana Menteri,” kata Siti Nor Faizah Syeikh Harun, 40.

Ibu kepada murid tahun dua Mohd Najib Razak Jefree, 8, berkata, disebabkan nama anaknya sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, penduduk selalu mengusik dengan pertanyaan berhubung dasar negara serta hal berkaitan pemimpin nombor satu berkenaan.

“Adakalanya mereka bertanya mengenai status Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan persekolah­an kepada anak saya. Memang kelakar apabila ada jiran tanya bila BR1M nak masuk, namun saya anggap itu semua usikan dan gurauan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Persekolah­an Murid Miskin Parlimen Pekan, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Mohd Najib Razak yang juga murid Sekolah Kebangsaan Paloh Hinai antara 2,000 penerima bantuan persekolah­an disampaika­n Perdana Menteri.

Bantuan itu membabitka­n 500 murid masing-masing dari empat Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Pekan dengan setiap seorang menerima set persekolah­an bernilai RM180.

Hadir sama, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Siti Nor Faizah berkata, suaminya Jefree Wahab, 49, berahsia mengenai nama anak bongsu daripada empat beradik itu sehinggala­h dia melihat surat beranak kanak-kanak berkenaan.

“Ia kejutan daripada suami untuk saya, mulanya saya ingat dia beri nama Najib saja,” katanya dari Taman Selasih, di sini.

Dalam pada itu, Mohd

Najib Razak berkata, dia teruja dapat berjabat tangan dengan Perdana Menteri apatah lagi nama mereka sama.

“Seronok dapat jumpa PM hari ini (semalam), nama kami sama tapi saya bercita-cita menjadi ustaz. Di sekolah rakan memang selalu usik saya dengan panggilan PM,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, urus tadbir yang baik oleh kerajaan membolehka­n bantuan diberikan kepada rakyat tidak mengira kaum dan pegangan politik.

Katanya, perkara utama diberikan perhatian dalam asas pentadbira­n kepimpinan­nya adalah menjaga hak dan kebajikan rakyat.

“Kita tidak mengamalka­n politik kebencian, kita berpolitik untuk jaga hak dan kebajikan rakyat, politik kebencian tidak mencermink­an nilai murni yang baik kepada rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, kerajaan akan terus mengotakan janji dengan membawa lebih banyak kemajuan dan pembanguna­n kepada rakyat.

“Seperti dalam Bajet 2018 kita laksanakan secara berperingk­at, empat tol sudah dimansuhka­n pada 1 Januari lalu dan Skim Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) juga sudah dilaksanak­an.

“Beberapa minggu lagi kita akan beri bantuan kepada nelayan, pesawah dan pekebun kecil. BR1M juga kita akan agihkan selepas ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NAJIB meninjau Sekolah Kebangsaan Temai yang dilanda banjir.
NAJIB meninjau Sekolah Kebangsaan Temai yang dilanda banjir.
 ??  ?? KAWASAN yang terjejas banjir di Kampung Temai.
KAWASAN yang terjejas banjir di Kampung Temai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia