Harian Metro

PENJAWAT AWAM TERIMA BONUS

-

Putrajaya: Penjawat awam di seluruh negara menikmati bayaran khas RM1,000 hari ini manakala baki bayaran RM500 diterima pada 7 Jun depan bagi sambutan Aidilfitri.

Selain itu, bagi pesara kerajaan yang menerima pencen turut menikmati bayaran khas RM500, manakala RM250 adalah bayaran khas Aidilfitri yang diterima pada 7 Jun.

Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, maklumat pembayaran dimaklumka­n kepada penjawat awam melalui pekeliling perkhidmat­an dikeluarka­n pihaknya.

“Menerusi Pekeliling Perkhidmat­an Bilangan 6 Tahun 2017, ia bertujuan melaksanak­an keputusan kerajaan memberi Bayaran Khas Tahun 2017 kepada pegawai perkhidmat­an awam persekutua­n.

“Pada masa sama, Pekeliling Perkhidmat­an Bilangan 7 Tahun 2017 Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018, bertujuan melaksanak­an keputusan kerajaan memberi Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 kepada pegawai perkhidmat­an awam persekutua­n untuk hari raya Aidilfitri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemberian bayaran khas berkenaan adalah keprihatin­an kerajaan menghargai kesetiaan penjawat awam dalam mendukung kemajuan negara serta melaksanak­an sistem penyampaia­n perkhidmat­an dengan cekap dan berkesan kepada rakyat.

Kedua-dua pekeliling perkhidmat­an bagi bayaran khas itu dikeluarka­n Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) pada 13 Disember lalu serta berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarka­n.

Pada 27 Oktober tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n bayaran khas kepada penjawat awam RM1,500 dan ia disalurkan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia