Harian Metro

BAYI AJAIB

- lapor Shahrinnah­ar Latib >2

Seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan boleh dianggap sebagai ‘bayi ajaib’ apabila hanya cedera sejurus terjatuh dari tingkat empat rumahnya, kelmarin. Berdasarka­n video dimuat naik dalam komen pada akaun Facebook Komuniti Kuantan semalam, bayi dikenali sebagai Muhamad Ahnaf Solihin itu sudah boleh duduk dan aktif seperti biasa,

 Bayi lelaki 17 bulan jatuh dari tingkat empat disaksikan bapa basuh kereta

Bayi lelaki berusia setahun lima bulan ini boleh dianggap sebagai ‘bayi ajaib’ apabila masih hidup walaupun terjatuh dari tingkat empat rumahnya di Kompleks Desa Tentera Darat, Sungai Panching, di sini, kelmarin.

Difahamkan, bayi dikenali sebagai Muhamad Ahnaf Solihin itu dipercayai terjatuh selepas membuka pintu gelangsar yang tidak berkunci di beranda rumah flat berkenaan tanpa disedari ibunya yang berada di dalam rumah.

Malah, melalui satu video dimuat naik dalam komen pada akaun Facebook Komuniti Kuantan semalam, bayi berkenaan sudah boleh duduk dan aktif seperti biasa.

Pada masa sama, dia dilihat memakan gula-gula yang diberikan kepadanya.

Anak kepada seorang anggota tentera berpangkat sarjan itu turut memberikan respons positif apabila disapa.

Menurut sumber, kejadian jam 5.15 petang itu berlaku ketika mangsa berada di rumah bersama ibunya manakala bapanya membasuh kereta di bawah blok flat berkenaan.

“Kejadian berlaku apabila bayi itu bermain di ruang tamu dan membuka pintu

sliding (gelangsar) di beranda.

“Dia kemudian berjaya keluar dan bermain di sekitar beranda. Secara tiba-tiba, dia terjatuh dari beranda hingga ke bawah blok dan disedari bapanya yang sedang membasuh kereta,” katanya, di sini, semalam.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatka­n rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali ketika dihubungi mengesahka­n kejadian, namun memaklumka­n pihaknya masih belum menerima laporan mengenainy­a.

“Kita akan menghantar anggota untuk bertemu ibu bapa mangsa dan meminta mereka membuat laporan.

“Namun, apa yang saya boleh maklumkan sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan berkenaan kejadian itu,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati bayi berkenaan tiada di HTAA dan difahamkan mangsa sudah dibawa pulang.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMAD Ahnaf Solihin terselamat selepas terjatuh dari tingkat empat rumahnya (gambar kecil) di Kompleks Desa Tentera Darat, Sungai Panching.
MUHAMAD Ahnaf Solihin terselamat selepas terjatuh dari tingkat empat rumahnya (gambar kecil) di Kompleks Desa Tentera Darat, Sungai Panching.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia