Harian Metro

Gelagat berani di ‘litar’ berakhir di lokap

-

Melaka:

Sekumpulan 20 mat rempit yang leka berlumba ditahan dalam Op Samseng Jalanan di dua lokasi berasingan awal pagi semalam selepas memasuki perangkap dipasang pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Penguatkua­saan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah dibantu Bukit Aman.

Operasi yang bermula jam 11 malam dan berakhir jam 6 pagi itu dijalankan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) berhampira­n Stadium Hang Jebat dan Dataran 1Malaysia Klebang.

Sebelum itu, pegawai dan anggota operasi melakukan pemantauan dan mendapati ada dalam kalangan mat rempit berkenaan berlumba dengan menjadikan laluan berkenaan seperti litar.

Mereka bersaing dari persimpang­an lampu isyarat berhampira­n Stadium Hang Jebat sebelum berpatah balik ke lokasi sama, malah ada antara mat rempit berkenaan dikesan melakukan aksi berbahaya.

Melihat gelagat mat rempit itu, anggota operasi mengepung dan menutup laluan kedua-dua arah berhampira­n Stadium Hang Jebat menggunaka­n empat kereta peronda polis (MPV).

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, penunggang yang ditahan berusia 15 hingga 25 tahun termasuk 10 remaja bawah umur yang masih bersekolah.

“Seramai 14 penunggang ditahan dalam operasi di Lebuh SPA manakala enam lagi di Dataran 1Malaysia Klebang. Kami turut menyita tujuh motosikal kerana pelbagai kesalahan.

“Semua penunggang terbabit direman empat hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1), Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? MAT rempit yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA).
MAT rempit yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia