Harian Metro

BACKPACK ATAU BAGASI?

Ketika merancang melancong atau mengemas pakaian, satu perkara sering membuatkan kita bingung ialah memilih jenis beg sandang (backpack) atau bagasi untuk membawa barangan nanti.

-

Ramai memilih beg jenis backpack atau `carrier' ketika bercuti.

Ada gemar membawa bagasi untuk kesenangan dan lebih praktikal.

Apapun, jenis beg yang anda bawa, biarlah ia bersesuaia­n dengan destinasi atau lokasi selain memudahkan anda.

Berikut beberapa tip memilih beg untuk bercuti.

• Pertama, sesuaikan saiz bagasi dengan kapasiti barang.

Jika hanya bercuti dengan tempoh singkat, bagasi dengan saiz kabin pesawat cukup untuk dua hingga tiga hari perjalanan. Ada juga bagasi bersaiz sederhana dan besar.

Ketika memilih saiz bagasi, fikirkan perancanga­n sepanjang berada di destinasi percutian nanti.

Apakah mungkin anda akan banyak berbelanja di sana atau sebaliknya. Jika ya, siapkan ruang dalam bagasi untuk menampung barangan yang anda beli.

• Kedua, pilih bahan bagasi yang tahan lasak dan tidak mudah rosak. Antara jenis yang popular ialah jenis bahan 'hardcase' dan bahan 'softcase'.

Kelebihan bagasi dari bahan keras memberi perlindung­an optimal terhadap barang anda. Namun, ia juga boleh retak apabila terhempas atau terjatuh terutama ketika proses pemunggaha­n barang di lapangan terbang.

Anda juga boleh memilih bagasi dari bahan 'polycarbon­ate' yang cukup ringan dan tidak mudah retak.

Untuk jenis bagasi 'softcase', pilih yang mempunyai bahan 'ballistic nylon' yang cukup terkenal sebagai bagasi yang tidak mudah kemek.

• Ketiga, pastikan pemegang dan roda bagasi sesuai dengan keadaan perjalanan anda. Untuk pemegang bagasi, anda boleh memilih yang mempunyai dua bar daripada satu bar.

Perhatikan adakah kedudukan pemegang beg itu mempengaru­hi kapasiti penyimpana­n dalam bagasi atau tidak.

Untuk roda bagasi, terdapat dua jenis iaitu dua roda (upright) dan empat roda (spinner). Bagasi jenis 'upright' lebih mudah ditarik di permukaan tidak rata dan dikendalik­an di tempat keramaian.

Sementara bagasi jenis 'spinner' akan memudahkan pengguna bergerak tanpa terpengaru­h berat beban di bagasi dan tepat digunakan di permukaan jalan yang halus.

• Keempat. Perhatikan keselamata­n bagasi yang anda beli. Pemilihan bahan yang tidak mudah rosak adalah faktor utama.

Pastikan juga bagasi yang dibeli itu mempunyai kunci atau kod nombor untuk menjamin keselamata­n.

Kini, bagasi dengan standard keselamata­n antarabang­sa mudah ditemui di pasaran iaitu bagasi yang dilengkapi kunci standard Travel

Sentry Approved (TSA).

Perlu diketahui bahawa petugas di lapangan terbang berhak memeriksa setiap bagasi yang dibawa penumpang.

Bagasi dengan kunci standard TSA akan memudahkan petugas bagasi di lapangan terbang membuka bagasi anda untuk keperluan pemeriksaa­n tanpa harus merosakkan atau membuka kunci bagasi anda secara paksa.

• Kelima. Pastikan anda mengenali dengan baik bentuk dan warna bagasi anda. Ini kerana, kebanyakan produk bagasi mempunyai bentuk dan warna yang sama. Ini membuatkan anda berpotensi untuk tertukar bagasi di lapangan terbang.

Oleh itu, pilihlah warna yang agak berlainan sedikit atau bentuknya. Jika tidak punya pilihan lain atau anda berkenan dengan bagasi yang berwarna serta berbentuk popular, letakkan tanda sama ada label nama (luggage tag) atau reben di bagasi anda.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia