Harian Metro

NAK HANTAR MAKANAN

- Raja Noraina Raja Rahim dan Khairul Najib Asarulah Khan am@hmetro.com.my

 Wanita ditahan khalwat berang JHEAINS mahu periksa bilik hotel

Nilai

“Saya cuma mahu hantar makanan!,” kata seorang wanita dengan nada marah bagi mengelak ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) semasa diperiksa di hotel bajet, di sini, kelmarin.

Pasangan berusia 23 tahun itu antara sembilan ditahan dalam operasi bermula jam 11.30 malam selepas mendapat maklumat awam.

Terdahulu, wanita terbabit enggan membuka pintu bilik hotel menyebabka­n anggota penguat kuasa menunggu selama 10 minit sebelum dia akur dengan arahan itu.

Sebaik pintu dibuka, wanita terbabit mendakwa dia berseorang­an menginap di hotel berkenaan sebelum anggota penguat kuasa menemui seorang lelaki bersembuny­i dalam tandas biliknya.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkua­saan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, seramai 14 anggota penguat kuasa JHEAINS terbabit dalam operasi berkenaan.

Katanya, dalam operasi itu terdapat pasangan yang mendakwa kad pengenalan tertinggal, tinggal berseorang­an, bakal berkahwin serta cuba melarikan diri.

“Semua ditahan berusia antara 18 hingga 25 tahun dan mereka didakwa mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri embilan 1992 kerana disyaki berkhalwat.

“Mereka kemudian dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkua­saan JHEAINS bagi siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan ibu bapa masing-masing,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sentiasa menjalanka­n operasi bagi membendung gejala tidak bermoral.

 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa memujuk pasangan membuka pintu bilik.
ANGGOTA penguat kuasa memujuk pasangan membuka pintu bilik.
 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa JHEAINS menahan pasangan yang disyaki berkhalwat di sebuah hotel bajet di Nilai.
ANGGOTA penguat kuasa JHEAINS menahan pasangan yang disyaki berkhalwat di sebuah hotel bajet di Nilai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia