Harian Metro

11 budak lajak

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

 Ditahan ubah suai basikal tanpa brek dan loceng

Seramai 11 remaja geng basikal lajak ditahan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ketika leka menunggang secara berbahaya di Taman Semenyih Mewah pada jam 5.30 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, semua remaja terbabit berusia 11 hingga 16 tahun ditahan ekoran aduan orang awam mengenai aktiviti geng basikal lajak di situ.

“Susulan itu, sepasukan anggota BSPT kemudian pergi ke lokasi dan menemui 11 remaja terbabit sedang berkumpul serta berlumba.

“Ketika ditahan, semuanya didapati mengubah suai basikal masing-masing dan berbahaya untuk ditunggang,” katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, pihaknya menyita 11 basikal yang diubah suai serta mengeluark­an 11 saman POL 257 atas kesalahan mengubah suai basikal, tiada brek dan loceng mengikut Peraturan 42(1)(a) LN1669/59 serta Peraturan 11 LN166/69 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959.

“Tangkapan serta sitaan basikal dibuat mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959.

“Semua remaja itu kami bebaskan selepas saman dikeluarka­n kepada ibu bapa remaja berkenaan yang dipanggil ke balai polis,” katanya.

 ??  ?? ANTARA remaja yang ditahan, kelmarin.
ANTARA remaja yang ditahan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia