Harian Metro

PERGI TAK KEMBALI

- Iskandar Shah Mohamed dan Faliq Lajim

untuk menerima rawatan lanjut.

Amir Yusuf berkata, anak kedua daripada tiga beradik yang menuntut di sebuah kolej swasta di Shah Alam bagi sijil kimpalan itu dilihat kali terakhir di rumah mereka jam 5 petang kelmarin.

“Waktu itu, dia memberitah­u adik perempuan saya (Nisa Athirah, 15) mahu keluar yang disangka mungkin hanya di sekitar kawasan perumahan kami di Seksyen 19 Shah Alam.

“Namun pada jam 6.55 petang, saya terkejut apabila dimaklumka­n mengenai kemalangan yang meragut nyawanya itu,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HTAR di sini, semalam.

Menurutnya, Allahyarha­m sememangny­a kerap menghabisk­an waktu cuti minggunya berkonvoi ke Tanjung Harapan dan kebiasaann­ya akan memberitah­u jika pergi ke situ.

“Namun, semalam (kelmarin) dia tidak memaklumka­n kepada kami dan menjadi petanda akan pergi meninggalk­an kami.

“Sebelum kejadian, dia juga sempat berpesan kepada ibu supaya menjaga diri dan bermesra dengan ayah,” katanya.

Sementara itu, bapa kepada Muhammad Syafik, Mohd Idris Chee, 59, berkata, anak bongsu daripada empat beradik berkenaan amat rapat dan sentiasa berkongsi sebarang masalah dengannya.

“Dia amat baik dan peramah tetapi diam apabila orang tidak mengenalin­ya. Dia langsung tidak melawan saya dan ibunya (Nor Syabani Ismail, 58).

“Namun, Allah lebih menyayangi­nya dan kami sekeluarga reda dengan ketentuan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, ketika kejadian semua mangsa datang dari arah Shah Alam menuju ke Pelabuhan Utara.

“Hasil siasatan awal mendapati

 Remaja bersama rakan bermotosik­al maut rempuh besi penghadang ketika berkonvoi ke Tanjung Harapan

motosikal itu bergesel antara satu sama lain hingga menyebabka­n kemalangan berkenaan,” katanya memaklumka­n kes masih disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ?? Amir Yusuf ?? NOR Syabani (dua kiri) rebah selepas melihat jenazah arwah, Muhammad Syafik ditenangka­n ahli keluarga Waktu itu, dia memberitah­u adik perempuan saya (Nisa Athirah, 15) mahu keluar yang disangka mungkin hanya di sekitar kawasan perumahan kami di Seksyen...
Amir Yusuf NOR Syabani (dua kiri) rebah selepas melihat jenazah arwah, Muhammad Syafik ditenangka­n ahli keluarga Waktu itu, dia memberitah­u adik perempuan saya (Nisa Athirah, 15) mahu keluar yang disangka mungkin hanya di sekitar kawasan perumahan kami di Seksyen...
 ??  ?? WARIS membawa pakaian milik Badrul Ikhwan (gambar kecil).
WARIS membawa pakaian milik Badrul Ikhwan (gambar kecil).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia