Harian Metro

Bersahabat dengan golongan miliki sifat terpuji

-

Sifat sahabat bagaimana yang kita berdamping selalu dalam kehidupan kita? Perkara itu penting diambil kira kerana sahabat adalah cerminan kepada diri seseorang.

Dalam usaha mendidik diri menjadi orang yang baik dan mulia, maka bersahabat­lah dengan golongan yang memiliki sifat terpuji itu.

Apabila kita bergaul dengan orang soleh, sudah tentunya banyak manfaat yang akan diperoleh. Antaranya, hati akan berasa tenteram kerana sahabat yang baik sentiasa memberi nasihat dan motivasi ketika kita dilanda musibah, masalah dan kesedihan.

Mereka juga akan menegur ketika kita melakukan kesalahan serta mengajak kita melakukan kebaikan yang mendatangk­an reda dan pahala daripada Allah SWT.

Bagaimana darjat seseorang boleh diangkat begitu hebat jika berdamping­an dengan orang-orang yang soleh?

Di dalam hadis diriwayatk­an Abu Musa al-Asy’ari r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perumpamaa­n teman yang baik dan teman yang buruk, adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi mungkin memberi minyak wangi kepada kamu atau engkau membeli daripadany­a, paling tidak engkau mendapatka­n bau harum daripadany­a Sedangkan tukang besi (percikan apinya) akan membakar bajumu atau engkau mendapati bau yang tidak enak daripadany­a”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam an-Nawawi rahimahull­ah mengatakan: “Dalam hadis itu, Rasulullah SAW memberikan contoh teman yang baik dengan penjual minyak kasturi manakala teman buruk dengan tukang besi.

Sebab itu, kita perlu sangat mengambil perhatian dan keutamaan untuk berkawan dengan orang soleh yang memiliki akhlak terpuji, warak, berilmu serta beradab.

Berbalik kepada diri sendiri, kita berada dalam golongan sahabat yang mana satu? Adakah kita sudah menunaikan hak sebagai sahabat yang baik?

Tidak bermakna sekiranya ada golongan kurang baik cuba mendekati, kita terus menolaknya. Mereka tetap perlu dilayan dan disambut dengan baik.

Jika mereka mengajak melakukan perkara mungkar dan maksiat, kita perlu menolaknya di samping turut memberi mereka nasihat. Mereka patut diberikan masa dan peluang untuk memperbaik­i diri menjadi insan yang mukmin.

Imam al-Ghazali menyatakan, jikalau mereka yang kita kenali itu memusuhi kita, janganlah lawan permusuhan mereka kerana kita tidak akan mampu melawan mereka, bahkan nanti akan merosakkan agama apabila terlalu sibuk melawan mereka, maka akan panjanglah kepayahan dan sia-sialah amalan.

Justeru, bersahabat­lah dengan orang yang soleh, namun tidak sesekali memandang rendah dan hina kepada orang yang bersifat sebaliknya. Jahat itu bukan dirinya tetapi perbuatann­ya.

Setiap orang mampu berubah kerana hanya Allah SWT yang boleh memberikan hidayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia