Harian Metro

Abang bomba sedia terima tawaran berlakon

-

Pendatang baru dunia hiburan tanah air yang semakin meningkat, Nursyafiq Farhain tidak menolak kemungkina­n terbabit dengan dunia lakonan jika mendapat tawaran daripada syarikat produksi.

Anggota bomba yang lebih mesra dipanggil Syafiq Farhain berusia 24 tahun itu juga sedia memegang sebarang watak jika diberi peluang.

“Minat berlakon tetap ada walaupun tidak 100 peratus, jika ada terima tawaran menarik dan tidak mengganggu kerjaya sebagai anggota bomba boleh dipertimba­ngkan. Saya akan melihat lebih terperinci sebelum menerima tawaran daripada mana-mana syarikat.

“Saya mempunyai kerjaya tetap sebagai anggota bomba dan masa senggang ketika di luar tugasan pula ditumpukan kepada bidang nyanyian,” katanya ketika ditemui selepas Malam Gala TTB Kemenjadia­n GEN-T, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini.

Penyanyi berasal dari Setiu yang kini popular dengan lagu Sayang Maafkan Aku itu mengakui setakat ini belum mendapat sebarang tawaran untuk berlakon sama ada filem atau drama.

“Buat masa ini saya belum menerima sebarang tawaran, perjalanan karier seni masih jauh dan banyak yang perlu dipelajari sebelum bergelar pelakon,” katanya.

Bercakap mengenai album penuh, anggota bomba di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya yang pernah menuntut di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Gong Badak itu tidak bercadang menerbitka­n album buat masa ini, namun tidak menolak kemungkina­n mengeluark­an album pertama nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia