Harian Metro

Konsert ulang tahun ke-25

Ning tak sabar, tiada masalah daripada segi penajaan

- DARI MUKA R23 -Georgie Joseph

Kalau boleh tahun ini saya mahu memberikan sepenuh hati disebabkan banyak aktiviti seni ingin dilaksanak­an,” katanya.

Satu daripadany­a yang begitu mengujakan Ning tentu sekali konsert ulang tahun ke-25 pada tahun ini. Ning mengakui dia sudah tidak sabar kembali beraksi dalam konsert besar itu.

Bagaimanap­un, dia masih berahsia mengenai perinciann­ya disebabkan pengumuman konsert itu akan dibuat secara berperingk­at.

“Sidang media pengumuman konsert itu akan dibuat dalam masa terdekat. Segalanya berjalan lancar setakat ini dan saya bersyukur tiada masalah daripada segi penajaan.

“Yang pasti menjelang konsert itu ada beberapa aktiviti promosi akan turut dibuat. Bukan setakat showcase atau siri jelajah namun saya dan pengurusan mahu memanfaatk­an media sosial pula kali ini.

“Jadi kepada semua peminat, mulakanlah untuk menghafal semula lagu lama mahupun baru saya. Saya akan menyanyika­n himpunan lagu yang memang mesra di telinga semua,” katanya.

Dalam pada itu, Ning juga mengintai peluang untuk melebarkan sayap ke negara jiran iaitu Filipina tahun ini. Menurutnya, dia melihat pasaran di sana mesra terutama sekali untuk lagu Inggeris dan dia mahu mencuba nasib.

Bukan bercakap kosong tetapi sebuah lagu barunya berjudul Greatest Gift of Love sudah dilancarka­n di sana. Dia berharap akan dapat melawat negara itu dalam masa terdekat.

“Saya melihat peluang itu sebagai platform untuk membina nama di sana pula selepas ini. Lagu berkenaan dijadikan runut bunyi untuk sebuah filem di sana dan tentunya ia satu permulaan yang baik.

“Baru-baru ini, saya juga berjumpa dengan wakil dari sana dan membincang­kan aturan seni di situ. Saya harap ia bakal membuka jalan untuk meraih peminat di sana pula,” katanya.

TIDAK PILIH BULU

Meskipun Ning cukup menguasai pasaran

‘urban’ di sini dan sudah berada di kelas tersendiri, dia mengakui tidak pernah membataska­n kemunculan dalam apa juga acara ataupun program.

Penyanyi berkenaan tidak pernah menetapkan hanya perlu menerima tawaran yang berprofil tinggi dan memilih pendengar. Pada masa sama, dia masih utamakan peminatnya dari kawasan luar bandar.

“Orang mungkin melihat Ning berada pada tahap tertentu dan beranggapa­n saya terlalu selektif. Namun, sebenarnya tidak sama sekali kerana saya sangat terbuka dengan apa juga jenis program termasuk untuk peminat kebanyakan.

“Saya sangat gembira apabila dijemput ke program Sepahtu

Reunion tahun lalu yang sebenarnya membuka mata banyak pihak. Barulah mereka melihat sisi lain saya yang sebenar meskipun ketika itu didandan menjadi orang tua.

“Impak daripada pembabitan itu saja, saya mendapat lebih

2,000 pengikut di Instagram sekali gus membuktika­n ramai masih menerima saya.

Jika diberikan peluang muncul program sebegitu lagi, saya berbesar hati menerimany­a,” katanya.

Pernah menguaruar­kan bakal tampil dengan bingkisan album baru tidak lama dulu, Ning mengakui prosesnya masih di peringkat awal.

“Untuk album itu, baru dua lagu sudah siap buat masa sekarang. Saya memang berhasrat menyiapkan­nya secepat mungkin namun pada masa sama kena benarbenar menitikber­atkan material yang berkualiti,” katanya.

 ?? FOTO: MAHZIR MAT ISA ??
FOTO: MAHZIR MAT ISA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia