Harian Metro

Styles perkenal Rowe pada keluarga

- Susunan Najiy Jefri najiy@hmetro.com.my

Anggota kumpulan

One Direction, Harry Styles dikatakan memperkena­lkan teman wanitanya yang juga model Victoria’s Secret, Camille Rowe kepada ahli keluargany­a selepas lima bulan mengenali hati budi masing-masing.

Menerusi seorang sumber yang memberitah­u akhbar The Sun, Rowe hadir dalam hidup Styles pada waktu yang sangat tepat.

“Mereka seronok meluangkan masa bersama, malah kelihatan hebat apabila berganding­an.

“Selain menyokong kerjaya Styles, Rowe juga seorang yang santai dan tidak mendesak,” katanya.

Dalam pada itu, fasa percintaan pasangan bahagia itu turut dikatakan masih di peringkat awal.

“Styles sangat menjaga rapi hubunganny­a sehingga tidak mahu terlalu mempamerka­n kisah percintaan mereka.

“Bagaimanap­un, mereka sangat secocok dan kelihatan gembira bersama,” katanya.

Sementara itu, tidak disangkal Styles sememangny­a antara penyanyi yang digilai ramai.

Bekas kekasih Taylor Swift ini ternyata ada daya tarikan kuat sehingga mencairkan wanita.

Bagaimanap­un, semua itu masih tidak dapat membayangi bakat sebenarnya.

Tampil solo baru-baru ini dan hadir dengan single Sign Of The Times, jelas cita rasa muzikalnya ada kelas tersendiri.

“Muzik akan selalu melekat dalam jiwa saya kerana inilah minat dan cinta. Saya mengharapk­an 2018 membawa seribu satu kejayaan.

“Single solo yang dilancarka­n ini juga diharapkan dapat membuktika­n kemampuan saya dalam bidang nyanyian,”katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia