Harian Metro

USAHAWAN INSPIRASI LEBAH

-

Di Amerika Syarikat, hasil lebah setiap tahun adalah sekitar RM59.96 bilion (AS$15 bilion) iaitu sekitar satu pertiga kumpulan makanan di negara berkenaan.

Tahun lalu, pengusaha lebah kehilangan 40 peratus hasil mereka kerana lebah mati.

Mikaila turut menganjurk­an bengkel menyelamat­kan lebah dan membabitka­n diri sebagai panel keusahawan­an sosial.

Ibunya berkata, anaknya itu bekerja keras dan dia terpegun dengan dedikasi serta semangat yang ditonjolka­n Mikaila.

Katanya, Mikaila mampu menyiapkan kerja sekolahnya walaupun perlu sibuk menguruska­n perniagaan­nya.

Ketika awal operasi, perniagaan lemonadnya itu, Mikaila sudah terbiasa dengan sikap ragu-ragu yang ditonjolka­n rakannya.

Pada awalnya, rakan tidak percaya pada

Mikaila namun kini dia dalam usaha membantu mereka membangunk­an perniagaan sendiri.

Mikaila juga sering berkunjung ke negara luar seperti Cape Town dan Afrika Selatan untuk menyampaik­an motivasi kepada gadis muda sepertinya mengenai keusahawan­an.

Antara kenangan manis Mikaila adalah apabila berpeluang bertemu bekas Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama selepas menerima jemputan makan malam di White House.

Kini, Mikaila aktif mengembang­kan perniagaan­nya dengan memperkena­lkan perisa baru bagi terus menyelamat­kan lebah dan memperkena­lkan resipi neneknya kepada orang ramai.

 ??  ?? LEMONAD dengan jenama Me&TheBees itu menarik perhatian apabila menerima kontrak perjanjian bernilai RM43.96 juta.
LEMONAD dengan jenama Me&TheBees itu menarik perhatian apabila menerima kontrak perjanjian bernilai RM43.96 juta.
 ??  ?? MIKAILA
MIKAILA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia