Harian Metro

GADIS BAIKI PESAWAT

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Kerjaya sebagai mekanik hakikatnya lebih dimonopoli lelaki namun Syaza Raehah Mohamad Haris, 29, membuktika­n wanita juga mampu jika serius melakukann­ya.

Kemampuan Syaza dapat dilihat apabila menjadi satu-satunya wanita yang bekerja sebagai mekanik penyelengg­araan kapal terbang di sebuah syarikat penerbanga­n swasta di Lapangan Terbang Antarabang­sa, Senai, Johor Bahru.

Meskipun masih baru dalam bidang berkenaan, gadis kelahiran Bandar Penawar, Johor ini mengakui seronok kerana dapat mempelajar­i pelbagai kemahiran dan pengetahua­n baru sepanjang tiga tahun menceburi bidang berkenaan.

“Ikutkan, saya memang lasak sejak kecil dan mempunyai ramai kawan lelaki. Jadi, tiada masalah untuk bergaul dengan mereka termasuk ketika bekerja.

“Cuma saya perlu akui kudrat dan keupayaan wanita tidak sama dengan lelaki jadi perlu mengambil masa menyiapkan tugasan tertentu.

“Namun, itu hanya pada peringkat awal kerana kini saya lebih yakin dan bersyukur kerana mendapat kepercayaa­n menyelesai­kan tugasan lebih besar dan mencabar,” katanya yang juga pemegang

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejurutera­an Kapal Terbang (Kepujian) Avionik UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT).

Syaza berkata, selain perlu bersaing dengan lelaki, tuntutan kerja memaksanya bersedia untuk dipanggil bekerja di luar waktu pejabat dan mengenal pasti masalah pesawat yang di luar jangkaan.

Katanya, kesabaran tinggi amat penting selain kemahiran mengendali­kan sesuatu dengan cekap dan cermat.

“Setiap pesawat mempunyai masalah yang berbeza jadi setiap hari, cabarannya tidak sama malah ada kalanya perlu mengikuti penerbanga­n ke luar negara jika diperlukan.

“Namun, saya terima sebagai pengalaman dan di sebalik kepayahan itu ada keseronoka­nnya iaitu apabila dapat bekerja sambil mengembara.

“Itu satu bonus lebihlebih lagi saya memang gemar melancong dan belum tentu ada peluang sebegitu seandainya tidak bekerja dalam bidang ini,” katanya.

Ditanya mengenai perancanga­nnya, Syaza berkata, dia bercadang mengambil lesen di Embry Riddle Aeronautic­al University, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada April nanti .

Katanya, lesen itu penting kerana membolehka­nnya menyelengg­ara pesawat berdaftar AS sekali gus menjadi jurutera penyelengg­araan kapal terbang berlesen.

“Jika tiada halangan, saya akan berada di sana selama dua minggu bagi menduduki peperiksaa­n dan semua kos ditanggung sendiri.

“Diharap semuanya berjalan lancar dan lulus peperiksaa­n berkenaan supaya impian mendapatka­n lesen tercapai kerana menjadi matlamat saya untuk memajukan diri dalam bidang ini,” katanya.

 ??  ?? SYAZA satu-satunya mekanik penyelengg­araan wanita di syarikat dia bekerja.
SYAZA satu-satunya mekanik penyelengg­araan wanita di syarikat dia bekerja.
 ??  ?? SYAZA sahut cabaran bekerja sebagai mekanik penyelengg­araan kapal terbang.
SYAZA sahut cabaran bekerja sebagai mekanik penyelengg­araan kapal terbang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia