Harian Metro

Larian tingkat kesedaran isu obesiti

-

Herbalife Nutrition, syarikat nutrisi global memulakan acara Hari Nutrisi Tahunan yang keempat dengan mengumpul lebih 2,000 peserta terdiri daripada semua ahli, tetamu dan orang awam untuk bersamasam­a mengeluark­an peluh melalui program larian ceria sejauh lima kilometer di Avenue K di Kuala Lumpur.

Larian ceria yang diberi nama Fun Run 5KM itu dianjurkan sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat berkenaan bagi meningkatk­an kesedaran mengenai isu obesiti yang sedang melanda negara.

Dalam masa sama, peluang itu turut dimanfaatk­an untuk menunjukka­n kepada warga Malaysia bahawa mengamalka­n gaya hidup yang sihat dan aktif bukan saja penting untuk menjaga kesihatan, tetapi ia juga boleh menjadi aktiviti menyeronok­kan yang boleh dilaksanak­an bersama teman dan ahli keluarga.

Pengurus Besar SubWilayah Herbalife Malaysia & Singapura Sridhar Rajagopala­n berkata, peningkata­n kadar obesiti di Malaysia yang semakin membimbang­kan sejak beberapa tahun lalu mendorong pihaknya menjalanka­n usaha bagi membendung masalah ini kerana obesiti boleh mengakibat­kan pelbagai kesan negatif jangka panjang termasuk sindrom metabolik, diabetes dan tekanan darah tinggi.

“Melalui aktiviti larian ini, kami berharap dapat menggalakk­an semua golongan untuk mula mengamalka­n tabiat pemakanan yang lebih sihat dan menjadikan gaya hidup sihat dan aktif sebagai agenda penting setiap keluarga.

“Menurut laporan Menangani Obesiti di ASEAN oleh Economist Intelligen­ce Unit, pada tahun ini kadar obesiti dalam kalangan warga Malaysia mencecah 13.3 peratus, manakala berat badan berlebihan adalah pada kadar 38.5 peratus dan keadaan ini amat membimbang­kan,” katanya.

Tambahnya, sebagai menyokong gaya hidup yang aktif dan sihat, pihaknya gembira dapat menganjurk­an Fun Run 5KM Hari Herbalife Nutrition kerana inilah cara syarikat itu berhubung dengan masyarakat di sekeliling di samping menggalakk­an mereka untuk mengambil langkah pertama dalam memerangi obesiti.

Selaras dengan usaha untuk menggalakk­an gaya hidup aktif dan sihat, Herbalife Nutrition juga melancarka­n pusat kecergasan bagi memastikan kakitangan­nya diberi kemudahan menjaga kesihatan melalui pemakanan seimbang dan senaman yang teratur.

 ??  ?? ANTARA peserta yang menyertai larian ceria Herbalife Nutrition.
ANTARA peserta yang menyertai larian ceria Herbalife Nutrition.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia