Harian Metro

Peluang saksi pertanding­an percuma

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada orang ramai terutama peminat permainan dalam talian untuk menyaksika­n pertanding­an Malaysia Cyber Games 2018 yang akan berlangsun­g pada Sabtu dan Ahad ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, tiket masuk yang diberikan secara percuma itu adalah satu usaha untuk memastikan golongan muda tidak terbeban dengan pembelian tiket berkenaan.

“Pada Malaysia Cyber Games 2015 yang lalu, tiket habis dijual seminggu sebelum hari pertanding­an namun, kali ini tiket akan diberi secara percuma selepas berbincang dengan pihak penganjur.

“Bukan itu saja, kita juga akan melaksanak­an acara cabutan bertuah khas kepada pengunjung berupa barangan sukan elektronik (eSports) yang bernilai RM20,000,” katanya ketika berucap pada Majlis Pra Pelancaran Malaysia Cyber Games 2018 di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) kementeria­n Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kementeria­n Shakib Ahmad Shakir, Presiden Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia Datuk Armand Azha Abu Hanifah, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Advertisin­g Sdn Bhd Hafiz Rozlan dan Ketua Pegawai Eksekutif Minisky Event Team Kenchi Yap.

Pertanding­an kali kedua yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),

 Usaha kurangkan beban peminat eSport melihat kejuaraan Malaysia Cyber Games 2018

Kuala Lumpur itu akan menyaksika­n lebih 1,000 peserta bakal berentap di dalam sembilan jenis permainan video popular global yang dipertandi­ngkan. Sembilan acara yang dipertandi­ngkan seperti Dota2, Counter Strike, Tekken 7, Street Fighter, F1 2017 Racing, Injustice 2, FIFA18, Mobile Legends dan PUBG dengan jumlah keseluruha­n hadiah RM300,000.

Salleh berkata, kerajaan juga menyokong eSport dengan beberapa inisiatif utama seperti pengiktira­fan eSport sebagai sukan rasmi pada 2015 dan pelancaran Akademi eSports pada tahun lalu untuk meningkatk­an kesedaran dan pembanguna­n sektor berkenaan.

“eSports kini menjadi satu daripada sukan yang menjadi perhatian seluruh dunia dan ia akan menjadi antara acara sukan terbaru pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou China selain acara demonstras­i di Sukan Asia 2018 di Jakarta.

“Sudah tiba masanya golongan muda diberi peluang terbabit dalam acara seperti ini kerana sektor ini mampu memberi peluang pekerjaan kepada mereka,” katanya.

 ??  ?? DR Salleh (tengah) menyempurn­akan Majlis Pra Pelancaran Malaysia Cyber Games 2018 di Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia, semalam.
DR Salleh (tengah) menyempurn­akan Majlis Pra Pelancaran Malaysia Cyber Games 2018 di Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia